Thursday, April 16, 2015

Tolong! Tolong! Ulat Besar

Assalamualaikum...

Salam Khamis.
Pagi ni lambat sikit memulakan rutin harian sebab menu bekal dan sarapan anak-anak simple saja. Kebetulan baby Ariz Syahim( kena mention nama baby sian pembaca setia terutama MD kena korek entri lama sebab nak cari nama baby) bangun 5.20 pagi sibuk pula nak minta upah( susu). Lepas menyusukan dia dalam 5.35-5.40 baru masuk dapur .

Menu ringkas... Bebola ketam dan sandwich telur. Minta bibik gorengkan bebola ketam dan potong roti, sambil ummi kejut dua anak dara tu bangun. Siapkan sandwich dan gaduh- gaduh manja dengan anak dara berdua tu. Lepas solat terus bagi arahan suruh sarapan bla bla bla.. Semua kena pastikan ada jangan ada yang tertinggal. Padahal dah pesan dah kat bibik air dan bekal anak2 masukkan dalam beg( atas nasihat kakzakie). Dulu sendiri terkejar2 hantar bekal anak ke bilik mereka sekarang ni bibik la yang buat. Ummi double check masa anak2 nak salam nanti.

Ops dah melalut ke rutin pagi pula melencong jauh dari cerita ulat besar eh? Berbalik kepada tajuk utama tadi...al kisah sekolah agama anak2 ni dekat je dengan rumah. Adik ad balik dari sekolah terus terjerit2

"Ummi tolong... Ada ulat besar!"sambil berlari2 masuk rumah.
( ummi sedang masak kat dapur)

"Bibikkkkkkk tolong!!! Ulat!!! . Besar sangat! Bibikkkkk"

Tolong!!!

Ya Allah nak gugur jantung dengar anak jerit minta tolong. Dengan sudip di tangan ummi berkejar ke depan( berkejar tu bukan lari ye.. Karang ada pulak up status menyindir kata org lepas pantang dua tiga hari berlari kemain).

Adik ad: ummi ada ulat besar!"

Ummi: besar? Kat mana. Besar badan adik ad ke?( saja buat lawak bodoh sambil muka risau giler sebab muka dia pucat sungguh)

Adik ad: takda lah.. Kecik sket. Cepat la bibik, tolong buang ulat besar tu!! (Muka nak nanges)

Terkedek2 la bibik keluar dengan muka cuak. Ambik penyapu nak buang ulat besar. Sekali.. Seekor ulat Terkedek2 mengensot depan gril dengan ayu buat hati ni nak tergolek2 gelak kan adik ad.

Ummi: tu bukan ulat la.. Tu caterpillar.

Adik ad: ooo nanti dia jadik rama2 ye?( buat muka lega)

Bibik: terkejut kak siti. Ingatkan dikerjar irang giler ke apa. Rupanya ulat kupu2 yang ditakutnya( gelak macam nak pengsan)

Okey.. Kami gelak berjemah bertiga..

P/s: bila dia kata ulat besar ummi pun takut! Tapi memang besar pun. Sebesar ibu jari LM ni tau! Tapi lawa la siap warna warni lagi. Adoi aiii anak.

www.tips-fb.com

7 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Pada dia kira besarlah tu. Pada kita, eleh tak hairan pun tengok saiz. Hahaha.. Kalau sayalah tengah pegang senduk, tengah masak, tetiba anak jerit macam tu, mahu saya dulu yang kena minyak panas ke apa. Mak yang ini memang kalut aje memanjang. Jangan bagi dia panik, memang habislah satu rumah bermasalah nanti ~_^

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

hahaha.. mesti besar jadi rama rama cantik tu..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Hihi... alahai kalau dah kata budak bandar macam itulah. Ulat kecik dikatanya kecik sikit dari dia. Buat umi dgn bibik cuak adik Ad ni tau:)

Diana Rashid said...Reply To This Comment

ye la..risAU jugak la..saya ni memang pantang siKit kalau sebut binatang nama ul__ ni..mula terbayang macam2..lagi2 dia dok sebut besAR TU..KAN>??

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sama dengan perangai naim ni.. kalau jumpa binatang kecil pun dia jerit2 je.. bila saya tgk, alahai.. apa nak takut benda ni.. budak2.. buat hiburan kita gak..kalau cerita kat diorang fh besar nanti mesti tak mengaku

ejulz said...Reply To This Comment

hahaha.. gelak berjemaah.. hehe

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahahahaha adoiiiiiii boleh panik satu rumah dengan dia hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...