Wednesday, May 27, 2015

Ayat Buat Orang Cair Hati

Assalamualaikum..

Ayat yang indah dan berbudi bahasa tu amat penting dalam hidup ni. Tak kira dengan siapa kita bercakap jika kena ayatnya orang tak rela buat pun pasti nak buat sebab ayat tu bikin hati terus cair..

Kisahnya begini..
Anak- anak syurga ni sibuk dengan latihan sukan di sekolah. Tiap hari asik pakai baju yang sama untuk latihan sukan. Bukan pakai baju pendidikan jasmani yang putih tu.. Makanya bila balik dari sekolah kenalah cuci baju tu sebab esok nak kena pakai.

Semalam..(selasa) si kakak besar dah pakai baju biru dia tu. bila masuk dalam kereta nak ke sekolah agama dia terus cakap dengan ummi

Kakak: ummi.. Boleh tak nanti ummi tolong basuhkan baju biru akak tu dengan inner sekali. Akak kena pakai baju tu masa sukan khamis nanti

Ummi: okey..
Tapi dalam hati ni terus berkata.. Laaa nak pakai khamis pun dia risau camtu ke? Macam la ummi dia ni cuci baju tiga hari sekali.

Tapi kan.. Cair la juga hati ummi ni. Punyalah ayat dia kemain lagi macam merayu minta ummi cucikan baju dia tu. alahai anak... Sebelum tidur memang ummi akan check baju apa yang perlu kalian pakai supaya semuanya siap tersedia .

Nota kaki: sekarang ni makin busy, baby Ariz sibuk meniarap tapi tak tau nak terlentang semula. Si abang syafiq makin kuat berborak minta perhatian dari ummi. Busy itu ini sampai nak ke tandas pun tak sempat.. Aiyaaaa

Nota kaki: kak abby!!( ibu melatu qistina) Andai kak abby baca entri ni plis tinggalkan nmbr tipon. Dah la blog kak abby tak berupdate lama:(
www.tips-fb.com

5 comments:

anyss said...Reply To This Comment

Assalamualaikum,
Wahhhhh...comeynya kakak. tersusun bahasanya...susah nak jumpa budak2 sekarang guna ayat sebegitu. patut pun hati umi cair ;)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau dengan anak-anak mana boleh kata tidak. Cepat aje cair hati ni. Lagi lembut bahasa, lagi manis rupa, lagilah tak boleh tolak permintaan :)

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Hihi tu la psl.. Ayat buku terus dia pki

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Kan... Mmg x mampu tolak permintaan ank. Ni pula tentang pakaian.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

alolololo kalau ada perkataan mintak tolong tu memang boleh cairrrrrrr kan hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...