Saturday, May 23, 2015

Bengkak Susu

Salam...

Salam sabtu semua.
Eh eh.. Minggu ni kakak sulung takda tuisyen kat sekolah rupanya. Syukurlah. Konon- konon dapat lah ummi berehat...

Tettttttt
Sangkaan meleset. Sejak semalam nipple luka sakit berdenyut2. Yang kanan parah la jugak, maka kerap bagi yang kiri saja yang kanan tu pump bagi melalui botol.

Nasib kurang baik, entah apa makanan yang dimakan sebelum tidur jadi milkbooster, yang sebelah kanan tu sangat cepat mengisi susu( biasanya kalau pump memang cepat penuuh pun). Disebabkan malas nak pump tengah2 malam menahan la bengkak susu belah kanan tu. yang kiri je disua ke baby Ariz

Terkebil- kebil mata menahan sakit bengkak susu dari jam dua pagi sampailah ke subuh. Bengkak sampai berdenyut tak boleh mengiring . Bawah ketiak pun dah bengkak memang tak larat dah. Angin malas pump buat diri jadi merana:(

Pagi tadi pump.. Dapat tak sampai 3oz. Bengkak bahagian atas tetap tak surut. Terap sakit berdenyut. Cuba pump lagi sejam lepas tu tetap tak surut juga bengkak. Memang takmo keluar susunya.. Keluar tak sampai 1 oz je.

Tak pernah alamai bengkak sampai pump tak boleh keluar. Dah urut perlahan pun masih tak mau reda bengkaknya sambil pump tadi. Nangis dan terus nangis.. Bagi juga baby Ariz hisap agar surut bengkak. Memang sangat sakit. Tapi.. Kena gigit lagi adalah.. Mak aihh dua bulan tiga minggu punya gigit pun sakit? Sakit giler..anak yang 4 dulu tak pernah gigit sekuat ni. Tak pernah gigit dan tarik ke kanan dan kiri cam Ariz. sobssss

Menjelang zohor bila belek2, ada nanah dinipple. Erkk nanah? Kesan luka tu bernanah. Patutlah berdenyut2. Nak ke klinik hari ni doktor ganti. Doktor lelaki ramai la, doktor perempuan cuti sabtu ahad.

Mampukah bertahan sampai isnin? Dah terbaring lesu atas katil dah ni. Sobsss, besarnya dugaan nak breast feed kan baby Ariz.

#baby ariz 2 bln 3 mgu
www.tips-fb.com

5 comments:

Noraini Azhari said...Reply To This Comment

akak dah try tuam dengan tuala suam? katanya boleh hilangkan bengkak :)

jemput la ke blog sy jugak. baru jinak2 nak cari reader balik. http://norainiazhari.blogspot.com

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Dah.. Tp tetap x membantu:(

Nk demam dh ni

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Moga cepat baik ya.. kena ke klinik juga nampaknya ni.. saya pernah kena masa Naim, dua kali yang jenis bengkak betul2 tak tahan sampai ke klinik makan ubat barulah surut bengkaknya.. mmg demam masa tu.. sakit tak tahan..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

memang kalau dah bengkak pam susu tak boleh keluar banyak kak sebab susu tu dah tersekat dekat bengkak tu.

sambil akak pam akak sikat pakai sikat gigi rapat atau gigi jarang tu secara kebawah. maksudnya dari atas bawak ke bawah sambil2 pam. insyaAllah nanti mesti boleh surut. ini petua bidan kira. fungsi sikat breast untuk melancarkan balik susu tu melalui urat2 tu kan.

kalau ada bantal panas akak baring lah atas bantal panas tu. peluk ke. kira selalu buat mcm tu je. alhamdulilah surut. bengkak susu memang boleh nangis huuuu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Tak pernah kena bengkak susu ni makanya tak tahu nak bagi nasihat macamana. Semoga dah berkurangan sakitnya hari ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...