Wednesday, May 13, 2015

Berhijrah Ke Qatar-Barang Apa Wajib Dibawa?

Assalamualaikum...

Entri tertunggak begitu lama. Maafkan LM kerana lambat sangat up entri ni. Menjawab pertanyaan sahabat alam maya mami zavier yang bakal berhijrah ke qatar tak lama lagi.

Berdasarkan pengalaman yang lepas, mungkin entri ni sedikit sebanyak dapat melegakan hati mami zavier yang mungkin sedikit buntu dan resah nak berhijrah ke sana .

Bak kata orang, ada duit semua boleh jadi. Tapi jangan anggap remeh bila kita berlenggang kangkung berhijrah ke negara luar tak ke bala menjelma bila tekak melayu meragam nak itu ini tak boleh nak dilunaskan permintaan tekak sebab benda tu takda kat sana?

Apa yang perlu/wajib dibawa?

1. Ikan bilis
Kat sana ada tapi rupa dia amatlah pelik, besar dan hodoh. Kalau anda peminat ikan bilis, suka masak nasi lemak, suka buat sbal bilis.. Silalah bawa stok bilis untuk stok setahun( kalau balik setahun sekali la..)

2. Belacan/cencalok/budu
-jika tau diri tu kaki makan semua benda ni pandai-pandailah bawa ye.. Ada pulak yang mengigau malam sebab tak dapat nak makan sambal belacan . Ehehe

3.Lesung Batu
- weee... Buat sambal belacan memang kena ada lesung pun kan? Pandai2 lah bawa kalau tak pasti korang terkilan. Alang2 dah berhijrah bawa kontena tu angkut la sekali lesung batu . Nanti takkan la nak angkut bawak naik flight berat2 tu!

4. Milo
- milo malaysia ni tak sama dengan milo sana. Eh.. Milo obersi memang lain kan? Tak manis rasa pahit2 sikit. Maid LM pun balik cuti ke indon ni ha angkut lima kilo milo tau!

5.susu manis
- jika korang penggemar susu F&N silalah bawa.. Yang ada susu cap junjung je tiga tahun lepas. Tak tau lah kot sekarang dah ada jual..

6.Laksa
- jika korang peminat laksa, jangan buat2 lupa angkut la laksa kering tu ye.. Kecuali korang memang berniat nak buat homemade mi laksa sendiri atau beli laksa kat kedai filipina yang berkilat tu boleh je.. Tekak LM tak boleh kot makan laksa pinoy tu. tak sdp.

7.Cili kering
- cili sana lain sangat. Pedas.. Tak sedap dan tak merah sangat. Kalau boleh telan cili sana tak yah la angkut stok cili kering tu..

8. Kicap
- kicap pekat, kicap cair.. Kipas udang? Kicap ada kat sana. Tapi tak la sesedap kicap kita. Jauh giler rasa dia. Ops kalau tekak boleh terima kicap indon ada je jual kat sana.

9.Maggie
- jika korang jenis peminat tegar maggie tomyam dan kari kenalah bawa. Maggie kari ada tapi lain tak sedap, maggie tomyam takda setakat yang LM duduk hingga tiga tahun lepas.

10.rempah ratus
- rempah kari, kurma, sup bunjut, briyani.. Apa saja yang korang nak pakai tu pandai2 la bawa.

LM akan update lagi apa yang perlu bawa.. Setakat ni LM bagi 10 je dulu ye.. Nak susukan baby Ariz dulu. Moga membantu mami zavier dan kalian yang nak ke sana.



www.tips-fb.com

4 comments:

Manan Qayyim said...Reply To This Comment

bnyak jugak kena ade bekalan tu...

# Antara Kerja & Kerja - Owh!MananQayyim™

Anonymous said...Reply To This Comment

thanks a lot kak LM... sgt2 membantu...

Diana Rashid said...Reply To This Comment

makanan kat sana sedap2 tak LM...kalau malas bawak barang makan kena belajar la guna barang masakan yang dijual kat sana..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Macam anak saudara sayalah hari tu. Berangkut naik kontena bawa barang ke Kuwait. Mostly bahan makanan. Bila kontena sampai boleh pulak dia kata kontenanya banyak lagi kosong...

Itu pun masa dia pergi naik flight sampai ribu-riban kena bayar excess baggage. Kalaulah tahu, lebih baik angkut semua masuk kontena kosong tu katanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...