Saturday, May 16, 2015

Bila Hidung Baby Tersumbat- Minyak Batook

Assalamualaikum..

Salam sabtu..
Peningnya kepala pagi ni mungkin kerana tak dapat tidur sebab baby Ariz Syahim asik menangis sepanjang malam.

Tak henti- henti menyusukan dia dari kiri ke kanan tukar lagi kiri dan susukan dia tanpa henti pun masih tak mampu tidurkan dia. Lepas bersihkan dypers dia pun tak berjaya juga buat dia lena dengan aman.

Buntu... Mungkin kah kerana malam tadi parking kereta dekat kawasan gelap dekat tong sampah besar masa ayah nak beli coklat buat buah tangan si bibik yang nak balik indon? Ada apa2 makhluk aneh di kawasan gelap tu ke?

Atau...

Mungkin sebab hidung baby tersumbat nak selsema. Sebab tu dia tak boleh lena sebab sukar nak bernafas?




Ummi sapukan dada dan belakang badan baby dengan minyak ni. Alhamdulillah membantu lah buat baby sedikit selesa dan kurang merengek.

Minyak batook ni bagus untuk baby, kanak-kanak dan orang dewasa. Tak panas cuma rasa berangin saja. Bagi orang yang asma pun boleh guna. Batuk atau lenguh-lenguh pun boleh.

Memang dah beli lama minyak ni sebelum bersalin hari tu. guna untuk kakak besar masa asma pun hari tu sangat berkesan.

Tapi kan...
Ye ke baby Ariz tersumbat hidung? Hurmmmm... Kalau tersumbat hidung dia takmo menyusu, tapi elok je pun dia menyusu . Nape ek?

Tu la.. Gatal sangat nak ikut ayah gi kedai. Adahal tak keluar pun dari kereta. Ye la.. Kalau keluar dari rumah tu rasa lega sikit tekanan asik terkurung dalam pagar rumah, ye tak? Hehehe

Akibat tak tidur malam.. Tak mampu nak bangun siapkan sarapan dan bekal untuk kakak besar gi tuisyen. Ummi hanya mampu bakar roti lapik dua di tengah sapu marjerin dan letak cheese. Bakar saja sampai cheese cair.

Itu saja sarapan dan bekalan kakak untuk hari ni bersama milo suap. Alhamdulillah...

www.tips-fb.com

3 comments:

Acik Erna said...Reply To This Comment

Kat mana nak beli batook tu LM.lama da acik nampak iklanya..cari tak jumpa2 lagi

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira duk cari minyak ni tak jumpa2 huuu kesian sungguh

betol kot kak dia tak selesa hidung tu. kalau nak sesema kan rasa macam rimas semacam je kan. klu kena gangguan(mintak dijauhkan) dia akan menangis menangis dan menangis je kak

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau terperap aje di rumah memang rasa semacam lemasnya, LM. Tapi saya dulu kalau ada anak kecil memang malas nak keluar lepas Maghrib. Takut kes macam nilah. Tetiba aje anak menangis tak tahu apa sebab.

Minyak ni saya tak pernah guna pun untuk anak-anak. Baru ni mendengar namanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...