Wednesday, May 20, 2015

Biskut Red Velvet- Hadiah Hari Guru


Assalamualaikum..

Hai..

Bersiaran kembali selepas berhari- hari menyepi tanpa entri baru akibat blog lesap sebab tak renew domain. Terima kasih buat sahabat yang mencari eh mana hilang blog akak? Terima kasih sahabat alam maya diana yang juga sudi pm tanya mana hilangnya blog LM?

Padan muka sendiri kan? Biar sampai overdue tak renew pastu kalut sendiri blog lesap. Lepas minta my adik tolong renew dua hari baru boleh update blog ni tau. Sedih!!!

Meh nak share projek apa LM buat malam tadi. Memandangkan malas nak fikir apa nak buat untuk dihadiahkan kepada guru untuk sambutan hari guru di sekolah anak- anak, LM bekalkan biskut red velvet saja buat mereka.



Pertama kali buat biskut red velvet ni. Alhamdulillah rangup dan sedap. Mewah dengan kacang walnut dan coklat chip serta dihiasi dengan pumpkin seed yang lemak dan rangup.




Lepas tu kita bungkus la camni ...bagi cikgu kesayangan sorang satu.. Buat dengan penuh kasih sayang, harapnya sedap ditekak cikgu- cikgu semua.. Amin.

P/s: lega dapat semula blog. Betul kata Diana, sayang kalau dibiar blog lesap sebab banyak cerita dan gambar percutian kami di sini. Juga... Banyak kisah kami di Doha dulu..

www.tips-fb.com

8 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

untuk saya takde ke LM..hahahahaa

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Ada lg nih utk cikgu azrine. Meh la dtg rine, nk pos takut hancur nnt

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

tak pernah cuba lagi biskut ni.. macam sedap je...

Diana Rashid said...Reply To This Comment

tahun lepas saya buat congo bar bagi kat cikgu2 maisara..tahun ni saya malas pulak rasa..cuma beli kan coklat je untuk bagi kat cikgu..makin anak2 besar makin malas pulak jadinya..heheheh..nampak nya kena beranak lagi la nak bagi rajin..:p

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha... blog femes gini la..ramai tertanya2 baru dua hari tak bersiaran.. kalau blog saya, tak ada yang perasan pun..

Bestla cikgu2 dapat biskut sedap no sebagai hadiah hari guru tahun ni..

zulhilmitempoyak said...Reply To This Comment

selamat hari cikgu. :D

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau dah umi anak muridnya pakar masak hadiah yg dpt pun makanan sedap. Untunglah cikgu...

Mummydearie said...Reply To This Comment

La... betul ke blog lesap sekejap, LM! Nasib baik sempat dapatkan semula. Dulu saya macam nilah juga. Sebenarnya dulu tak rajin sangat menulis dan baru lagi. Tapi baru tak baru, setahun juga bertahan. Bila dah expired malas pulak nak renew macam tak mendatangkan hasil jerk :)

Saya BELI aje LM hadiah untuk cikgu-cikgu Abang. Nak buat tak reti nak buat apa. Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...