Friday, May 29, 2015

Breast Pump


Assalamualaikum..

Salam jumaat buats smua. Yeayy esok cuti. Ops kakak ada tuisyen kat sekolah makanya ummi kena bangun awal siapkan bekal gak ye..

Ehemm apa kes nak cerita pasal breast pump ni ?

Sejak baby Ariz lahir satu semangat membara telah hadir . Azam yang kuat tumbuh dihati ni untuk susukan baby Ariz dengan susu ibu sampai 2 tahun. Mampukah???

Yang lepas- lepas bila anak 6 bulan je LM dah mengalah. Terus campur fm. Walau anak menyusu sampai umur setahun lebih tapi keazaman nak fully breast feed tu takda.

Bila keazaman tu ada tup tup anak kelima ni masalah lain la pula timbul. Nipple memang sakit sejak hamil. Bila dah ada baby ni lagi lah sakit sebab baby Ariz kuat gigit.. Memang kerap luka. Seminggu asik luka kejap kiri kejap kanan.

Alhamdulillah susu meriah la jugak sampai asik demam kerana bengkak susu. Pump yang ada pun cuma guna brand pureen yang guna bateri tu je. Itu pun ayah belikan masa ummi dalam wad jaga syafiq masa dia jaundis 4 tahun lepas. Lama dah tu kan...




Memang membantu pun pump ni, daripada nak perah pakai tangan sampai berbirat miss b jadinya baik la guna pump.

Tapi.. Tadi tengah syok- syok mengepam bateri pula habis. Aduh duhh sedih sangat. Ayah balik petang.. Malam la jawabnya baru dapat beli bateri baru.

Ayah kerap beli bateri tapi.. Anak ramai kan!! Bateri asik masuk dalam kereta la.. Robot laaa

Ummi sedang intai2 breast pump elekrik snowbear. Rasa nak sambar je la., sebab ummi tak kerja segan la nak sambar yang harga 4-5 ratus kan.. Atau, yang 7-8 ratus tu.. Snowbear katanya lembut dan tak menyakitkan.. Tak macam pureen ni kuat sangat dia pump sampai sakit nipple.

Kenapa ummi sibuk nak pump. Ummi bukannya kerja?
- memangla tak kerja. Tapi apa salahnya buat stok untuk baby. LM memang ajar anak hisap botol. Senang nak tinggal untuk cari masa buat diri sendiri. Hehehe..

Ingat lagi masa qila abis pantang. Ummi gi facial tinggalkan dua botol(2 kali menyusu) . Pandai2 la ayah bagi baby susu

Baby Ariz pun ayah gak sua kan susu guna botol kalau ummi tido masa dlm pantang aritu. Kalau anak meragam ummi letih terpaksalah bagi pakai botol. Mana lah ummi tahan nak berjaga sepanjang malam.

Masa anak pertama- keempat, mereka memang tak tido malam masa dalam pantang tu. bergilir lah dengan ayah. Huhuhu.

Eh lambat lagi la birthday kita.. Kalau dah dekat blh request nak pump madela ke.. Ehehe..
www.tips-fb.com

4 comments:

EzanIdris said...Reply To This Comment

hai sis salam singgah :)

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Tq ezan sudi singgah

Mummydearie said...Reply To This Comment

Tak payah tunggu birthday. Kenyit mata sikit, senyum manis sikit, merengek sikit-sikit, dapatlah pump madela tu, LM *_*

Kira Sakura said...Reply To This Comment

pureen memang sakit pun huuu. tapi pureen tu pun boleh pakai letrik kan kak? beli adopter dia jela. kira ritu beli adopter dekat kedai luar je. bateri pakai bateri boleh cas semula. sebab rasa macam nak terkopak asyik beli bateri je hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...