Friday, May 15, 2015

Bukan Mudah Nak Percaya Orang

Assalamualaikum..

Senang ke nak percaya orang? Bagi LM memang serik la nak percaya kat orang terutama berkaitan dengan duit.

Orang.. Tak kira la siapa pun adik beradik ke, sepupu sepapat ke, kawan baik ke, jiran ke...time nak pinjam siap bagi tau bila nak bayar.. Tapi last2 sampai ke sudah tak bayar pun.

Takat seratus dua boleh pejam mata ikhlaskan hati halalkan je. Tapi kalau dah beribu? Ikhlas ke nak halal kan ? Kalau berkali- kali pinjam sekejap seratus kejap dua ratus.. Kejap sondol kereta orang, kejap nak guna buat bertunang.. Kejap sakit.. Eh eh..asik meminjam je bila nak bayar nih?

Syukur la juga tiga ekor 'jembalang' yang asik berhutang dengan kami dah GOL! Ops bukan masuk lubang bawah tanah tapi dah gol dari hidup kami. Mereka ni dah buat satu team yang kuat mengumpat kami, selalu buat muka sombong berlagak bila berdepan dengan kami. Alhamdulillah.. Syukur.. Kalau mereka berbaik2 dengan kami terkena lagi kan? Kes takmo bayar hutang buat2 sombong la pulak? Cehhh dasar bongoksss punya orang.

Ni pula maid LM ni ha.. Berani dia kata nak pinjam 1/2 bulan gaji. Uiks???? Kalau dia tak muncul camne?

Maaf la bibik.. Kau cakap la sendiri dengan boss besar kau. Giler ke apa nak bagi duit kat dia. Huhuhu.. Kot la dia balik indon tak kembali dah la rugi duit beriban ambik dia aritu.. Ditambah pula rugi sebab bagi pinjam duit lagi. Ishhh ngeri beb nak pikir. Kalau kuat kau mandrem laki aku dapat la kot kau pinjam 1/2 bulan gaji tu. Maaf ye.. Kata manis muka manis kau tak mampu buat hatiku tersentuh atau layu, jauh sekali nak cair. Indon ni payah kot aku nak percaya.. Banyak sangat dramanya.


www.tips-fb.com

3 comments:

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

saya antara org yang susah percayakan sesiapa. Macam maid LM tu.. kalau nak bagi kena anggap sedekah jer kalau pinjam ni nampak berisiko kita nak sakit hati balik. Bab jiran2 yang dah la hutang tak bayar menyombong.. biasa la orang nak tutup salah dia. bagus dia menyombong takde la dia nak minta pinjam lagi

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kadang orang yang berhutang dengan kita takde bunyik pun nak bayar. kita ni pulak yang segan2 nak mintak dia bayar hutang. dia takde segan pun haaaaa

Mummydearie said...Reply To This Comment

Duit ni boleh buat kita hilang saudara, hilang kawan. Tapi yang paling sakit hati masa pinjam bermanis mulut, lepas dah dapat buat-buat tak tahu ajelah. Itu okey lagi. Kalau jadi macam kat LM ni, boleh pulak buat-buat bodoh sombong, lagilah sakit hatikan!

Maid tu kalau nasib baik dapatlah pinjam kat tuan besar ya tak? Tapi macam tak dapat pulangan balik jerk ni nanti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...