Tuesday, May 12, 2015

Cara Paling Mudah Nak Slim Lepas Bersalin.

Assalamualaikum..

Ehehe.. Tajuk kemain gah macamlah kau tu dah kurus ye LM? Phewwee orang baca tajuk pun lap peluh nak- nak bila dia selalu jumpa LM . Ops kita hanya jumpa berlaga hidung di alam maya korang mana tau LM selim melim ke membadak kan? Ekeke

Cara nak kurus tu mudah je. Selalu makan hati maka cepat lah kurus. Tapi kan... Memang LM perasan, bersalin kali ni amat cepat perut flat, berat turun menjunam lajunya walau berat LM naik lebih 20kg haritu. Betul tak? Nampak sangat tips kerap 'makan hati' tu amat berkesan untuk dapatkan badan dan kurus.. Ekeke

Biasanya anak dah tujuh lapan bulan pun masih lagi berat badan 60 lebih. Kali ni boleh senyum kambeng walau bukan hari- hari mampu tersenyum..

Dah dah.. Tolak ke tepi tips merapu makan hati untuk kurus tu. Karang korang duk soal
Pelik2 kat LM pulak. Baby Ariz sangatlah kuat menyusu. Alhamdulillah susu masih lagi meriah. Menyusu sebelah lagi sebelah menitis2 sampai wajib di pump untuk mengelakkan pembaziran..

Bila anak kuat menyusu si emak pun haruslah top up balik kan? Maka memang TIDAK la kalau nak kata LM ni
Sukat makan ke apa. Memang makan sepanjang masa tanpa henti kot. Sehari berapa kali makan pun tak tau. Demi anak.. Demi meraih susu meriah katanya..

Cuma, pastikan bila kita makan tu ingat lah dunia. Jangan lah makan benda merepek sangat. Ambik nasik tu sikit je dah la. lebihkan sayur, lauk tu biar membukit.. Dada ayam tu kalau boleh siap2 perap beberapa ketul. Bila lapar terus defrost dan bakar je. Mudah.. Biasanya LM akan grill dada ayam time 3-4 petang. Lapar wehhh time tu. daripada ngap biskut yang tinggi kalori tu baik ngap ayam yang kaya dengan protien tu kan? Ye tak?

Stok buah pun memang sentiasa ada . Kalau lapar sambil tengok tv habiskan saja sebijik
Manggo( ops manggo manis ye, jangan makan kerap sangat kalau takmo debab).

Jamu pun main peranan jugak, pilih la jamu yang menambahkan jumlah susu dan dalam masa yang sama ia dapat mengembalikan berat badan asal kita.




Kali ni LM makan jamu ni. Dulu anak yang empat tu setia dengan nona roguy. Kali ni minyak semua tu pakai NR, cuma jamu je beralih arah. Alhamdulillah hasilnya amat mengujakan.

Eh dah taip panjang.. Rasanya tak reti nak
Taip apa dah. Kalau korang perasan dalam celoteh tu ada lah beberapa tips untuk cepat slim tu pun kalau korang perasan la ..

LM ni insan yang amat payah nak kurus lepas bersalin tau. Kalau korang jenis hamil tak demok, tak jadik masalah la kan...
www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Tips kurus saya pulak,minum air banyak2 sampai kencing jadi 10 minit sekali..sebulan dah boleh turun 3,4 kg..saya cuba dah cara ni memang berkesan tau LM..heheh

ejulz said...Reply To This Comment

Tips terbaek.. hehe

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

Jom terjah entry terkini "Namie Eshoppe - Kurung Moden Airis"

Mummydearie said...Reply To This Comment

Untunglah kalau jenis pregnant ke, tak pregnant ke, makan banyak ke, makan sikit ke, badan tetap maintain. Saya pun jenis naik mencanak kalau salah bawa 'pemakanannya'. Hahaha...

Nak naik senang nak turun susah tu yang buat susah hati kitakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...