Tuesday, May 26, 2015

Cekodok Pisang?

Assalamualaikum..

Salam selasa.. Masih malas dan lemau walau dah masuk hari selasa. Apa kes ni ummi???

Konon-konon malam tadi plan nak buat jemput-jemput udang buat sarapan dan bekalan anak-anak . Siap pesan kat ayah nanti ambikkan kucai kat luar tu ..

Bila baby Ariz masih menyusu walau dah pukul 5.40 pagi tak siap- siap menyusu ummi dah mula risau. Tak sampai hati pula nak minta tolong ayah ambik kucai gelap2 kat luar tu, dan... Manalah sempat nak buang kulit udang lagi..

Tukar plan, buat cekodok pisang je la. hihi sian anak- anak. Si kakak terus tergamam nampak cekodok pisang. Kenapa cekodok? Dia tanya, nampak sangat dia macam blur bila tengok cekodok terhidang atas meja ehehe

Maaf kan ummi ye anak-anak. Esok sajalah kita buat jemput- jemput udang tu. Lagi pun takut rosak pisang tu nanti kalau simpan lama sangat. Cekodok pun sedap kot, lembut- lembut gitu.

www.tips-fb.com

2 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak pun bekalkan anak dara kakak jemput-jemput juga tapi jemput ikan bilis/bawang. Ala... kalau letak baking powder sikit kan gebus jadinya. Sedap juga:)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Lama tak dengar orang sebut jemput-jemput *_*

Saya ni walaupun tak makan bawang tapi selalu juga buat jemput-jemput ikan bilis dan bawang. Tapi saya kasi lumat itu bawang supaya rupa tiada, tinggal rasa aje. Kalau untuk anak-anak, mereka lagi suka jemput-jemput manis. Senang kerja Mommy mereka kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...