Wednesday, May 6, 2015

Demam

Salam...

Blog lama sepi. Jari pun masih terketar2 nak menaip😢. Kebetulan masa yang dinanti2 tiba bila kami sepakat untuk balik kampung kedua belah keluarga pada cuti panjang minggu lepas. Bukan senang nak jumpa cuti panjang tanpa bertembung dengan kelas tuisyen anak2.

Malangnya, atas urusan tertentu terpaksa juga berkejar pulang ke rumah pada ahad malam isnin dan sejak tengah hari tu LM dah mula demam teruk. Demam sampai tahap sejuk menggigil dan mengerang kesakitan menahan bisa tulang bagai dicucuk-cucuk

Seharian tak makan apa- apa pada hari isnin tu. Cuma meneguk air milo dua mug bagi mengalas perut dan mengharap tenaga untuk menyusukan baby Ariz. nak ke klinik pun tak mampu nak bersiap dan berdiri pun. Dah teruk kena marah ngan hubby pasal takmo ke klinik barulah semalam ke klinik. Macam biasa.. Demam virus la kalau dah sampai bisa satu badan tu. sobsss

Sampai hari ni masih sejuk lagi. Kejap baik kejap demam. Teringat lagi masa balik dari kampung hari tu. baru sampai senawang dah menggigil satu badan sambil meriba baby. Rasa nak nanges sangat. Dapat baring atas katil berselimut dan setelah dipakaikan stokin baru lega sikit. Sekarang? Orang kerja.. Kita pun buat2 lah tak demam. Okey tak gitu? Sobsss
www.tips-fb.com

1 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...