Monday, May 25, 2015

Gemok

Salam..

Haipp jangan sebut kuat-kuat nanti ada yang sentap. Ekeke

Baby kalau bambam memang comel tapi kita ni dah tua2 terlebihhhh comel kalau bambam kot. LM paling sentap kalau time peknen atau lepas2 pantang orang sibuk nak tegur LM gemok. Dah namanya mengandung takkan aku nak kurus kering macam orang ada masalah hutang 6 juta kot? Dah kalau anak menyusu badan sepenuhnya manalah aku boleh diet nak kuruskan badan sampai nampak tulang .

Tapi.. Manusia.. Mulut memang takda insurans . Adat la tu. anak gemok berganda takda baby, hamil pun tak.. Ko tak kata gemok tapi sibuk nak tegur orang yang tak sampai 3 bulan bersalin ni gemok kan? Haish haishh nyampah tau.

Buat ibu2 yang berjuang menghasilkan titisan emas susu ibu yang berkualiti untuk anak supaya sihat dan bambam jangan la patah semangat. Tak perlu lah nak fikir kau tu gemok ke tak lawa ke perut berlipat2 ke.. Janji anak kau sihat debab kebabom tu dah terbaik. Lepas anak dah makan 6 bulan nanti boleh la kawal sikit2 makan tu. eh.. Ke ada ibu yang menyusukan baby tapi tak kerap lapar?

Ops kalau yang jenis badan kurus kering hamil ke lepas bersalin ke apa ke takpe lah. Tu bonus besar buat korang. Buat kami2 yang badan membadak bila hamil je naik berkilo2 sampai 20 kilo paham2 je la. takkan kurus dalam masa sebulan dua.. Ada paham makcik?

Kita2 ni, nak tegur orang gemok apa kata sebelum tu tengok kat cermin. Kita ni cukup kurus ke? Ada ke pinggang secekak? Anak2 kita selim melim ke? Ekeke.. Tata..

www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Siapalah agaknya yg tak tapis-tapis nak tegur tu agaknya.. tapi kakak ni dah tak kisah nak kata gemuk ke kurus ke memang inilah size kakak:)

Anonymous said...Reply To This Comment

biasala tue kak...kat office nie pun sama...kerap kata nak dietla apala...bdn dah kurus nak diet ape kejadahnya...tiap2 minggu kata mcm tue...mcm ngata kita pun ada gak...riak sebab badn kurus..
tpi alhamdulillah w/pun bdn kita xnak turn2 dah lepas lahir anak kedua..tpi bersyukur sebab dah kahwin, punya anak lagi...
yang sikurus kat atas andartu lagi...
allah maha adil..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Marah nampak ... ^_^

Mulut kalau tak pakai insurans memang macam tulah, LM. Tapi kita ni manusia memang macam tu. Apa yang terjadi pada diri sendiri tak nampak, yang kita nampak sangat-sangat bila terjadi pada orang. Kononnya terlebih prihatinlah tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...