Thursday, May 7, 2015

Hilang Rasa Rindu

Salam...

Terasa semangat meneruskan sisa-sisa kehidupan yang entah bila tiba digaris penamatnya kembali membara bila dapat pulang ke rumah kami di segamat yang dah lebih empat bulan tak kami jenguk.

Hurmm.. Rumah pertama, walau tak sebesar dan secantik rumah sekarang tapi tetap jadi rumah yang paling disayangi sebab punya memori tersediri. Itulah rumah pertama kami huni selepas kawin. Rumah yang bos besar beli sebelum kawin lagi. Ulang alik kami jenguk masa dalam pembinaan, lepas tiga bulan kawen dah dapat dihuni. Hamil dan berpantangkan maisarah pun di situ, adik ad juga.. Memang terlalu banyak memori di situ.

Bila pindah ke Paka memang menangis tinggalkan rumah tu, bila disewakan hancur luluh rasa hati tengok orang lain duduk rumah kita bila balik tiap bulan. Bila duduk qatar tak sanggup nak bagi orang duduk. Memang kami tak sewakan. Balik bercuti dua bulan memang duduk situ. Siang lepak rumah bonda malam tidur rumah sendiri. Bestnya... Tak rugi beli rumah dekat dengan ayah bonda.

Sekarang.. Bila anak makin besar, banyak aktiviti memang tak dapat balik kerap. Bonda dan ayah pun kerap naik kl lawat kami tiga empat beradik. Tu yang empat bulan tak pulang. Bila sarat haritu terus tak berani balik.. Takut terbersalin kat segamat la pulak nanti.. Hihihi.

Sekarang ni rumah tu dah kami buat homestay. Makanya.. Bila nak balik kena set tarikh betul- betul takut orang dah bayar deposit takkan nak batalkan pula. Memang tak boleh balik mengejut macam dulu. Tak sangka ramai juga minat nak duduk homestay kat segamat tu.

Sebut pasal rindu... Mungkib nampak macam selalu dapat jumpa bonda, tapi bila tak balik rumah bonda tetap lah rindu masakan bonda. Syukur.. Bonda seperti memahami. Balik tempoh hari bonda masakkkan gulai ikan baung untuk anak sulungnya ni.

Tak pasti berapa RM sekilo ayah beli dengan kawan dia tu. tapi bonda kata lauk yang kami makan tu nilainya rm40. Glurppp...

Biasalah.. Kami kat segamat kan banyak sungai. Makanya , makanan kegemaran yang dianggap mahal selain udang galah pastilah ikan baung dan ikan lais. Err lais jangan sebut la.. Aritu harganya mencecah rm42 sekilo. Masa bonda belikan LM balik dec aritu sampai tiga puluh lebih sekilo. Tapi demi anak.. Hamil pulak tu.. Ngidam pulak tu.. Dan sah2 kat seri kembangan nk takda jual , bersusah payah bonda mencari kat pasar tani( time banjir masa tu memang payah nak cari orang jual lais).

Bila anak-anak pulang mak ayah bersusah payah menghidang juadah kegemaran. Tersebak hati kejap.. Sobsss. Tang kepala la yang LM cop dulu. Tup tup leka berborak bibik nak kaut kepala tu. owh no no no.. Lelaju ummi bg dia bahagian lain. Bertahun kot tak makan baung, mana mungkin daku berikan kepala baung idaman kalbu pada orang gaji kan?

Hilang rasa rindu dendam tentang segamat. Dapat bermalam tiga malam( tiga ke? Sampai pukul satu lebih pagi dah masa ari jumaat tu)..

Harap dapat balik sebelum puasa lagi.. Amin.



www.tips-fb.com

3 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

wah.. best.. mesti bnyk memori rumah tu.. :)

ejulz said...Reply To This Comment

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

Jom terjah entry terkini "LAZADA - Mini LED Projector"

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Baru dgr luahan macam LM ni minggu lepas.. kakak saya mengeluh pasal penyewa rumah yg buat hal lagi.. ikut hatinya dah tak nk sewakan sb sayang rumah pertama tu memori masa anak masih bayi.. tp memikirkan suami dah meninggal, sewa tu salah satu sumber pendapatan dia, jadi kenalah sabar dan buat apa yang termampu je dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...