Tuesday, May 26, 2015

Ikan Kembung Rebus Homemade


Assalamualaikum..

Weeee lauk biasa- biasa makin serasi ditekak LM sejak hamil haritu. Sejak akhir- akhir ni suka sangat makan ikan kembung rebus. Kalau dulu sekilo ikan kembung tu payah nak abis kalau sekarang ni cepat je habis..




Yang ni LM masak sambal. Lepas goreng tu tuangkan sambal atas dia. Nyumsss

Cara buat ikan kembung rebus
1) bersihkan ikan kembung..
2) gaul garam kasar rata-rata( jangan banyak nanti masin)
3)letak beberapa keping asam keping

Kukus/rebus hingga masak. Boleh simpan dalam peti sejuk.nak pakai tinggal goreng je. Mudah kan?

Menurut kata bibik.. Mereka di medan akan gaul rata garam kasar dan susun atas daun pisang. Lepas tu baru kukus. Makanan kegemaran orang medan jugak la ni rupanya. Patutlah sekilo beli kami berdua je yang laju menghabiskan ikan kembung rebus ni biasanya. Ehehe



www.tips-fb.com

4 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Menarik nampaknya. Boleh try nanti...

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

sama la resepi ikan rebus/kukus tu.. sedap goreng atau masak lemak

Mummydearie said...Reply To This Comment

Yang simple tu yang sedapkan, LM. Saya jarang makan ikan rebus ni tapi selalunya ikan kat rumah memang goreng gitu aje. Kalau buat lauk memang kuranglah anak-anak nak makan.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Akk klau Nk grg...akk Akan rebus letak guli sket 😝😝 nanti grg dia Jd kaler itam sket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...