Monday, May 25, 2015

Isnin Memang Meletihkan

Assalamualaikum..

Isnin memang meletihkan. Memandangkan isnin adalah hari pertama untuk yang bekerja dan sekolah buat minggu ini terasa macam masa berlalu terlalu perlahan.

Terasa malas pun ye jugak. Buktinya?

Hari ni tak masak lagi, LM cuma panaskan gulai ayam yang dimasak maghrib semalam buat hidangan tengah hari anak2. Ops si adik ad makan kuey tiaw goreng je.. Ummi je yang tak makan lagi. Takda selera

Bila nak masak ni?? Jap lagi lah. Plan nak masak gulai pucuk paku campur udang dan telur dadar saja kot petang ni.

Adik syafiq pun nampak sangat letih. Leps dapat susu terus tertido dalam biliknya. Sempat minta ummi potongkan kuku dan dia mewarna sikit buku power rangers dia .. Lepas tu terus hilang. Cari- cari rupanya dah tertido sendiri atas katil. Dah serasi kot dengan bilik sendiri tu.. Tu yang tak minta ummi teman dah.

Si baby pula.. Sama je kot. Dia memang tak banyak ragam. Tau- tau je ummi nak rest sebab tak sedap badan akibat bengkak susu sejak sabtu aritu. Dah la bengkak susu, rasa berdenyut pula tu. ditambah pula luka nipple dan nampak ada sikit nanah. Hanya Allah saja yang tau betapa hebat sakitnya yang ditanggung:(

www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kan?/saya pun macam tu kalau isnin..semua jadi lambat je kerja sebab banyak kerja lain..hahah..tapi hari ni mujur maisara cuti sebab sekolah dia sukan sabtu lepas..cuma pi kafa je la..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sebenarnya saya takdalah masalah dengan hari Isnin ni. Nak kata malas kerja bila tiba hari Isnin pun tidak. Tapi yang selalu lambat buat kerja bila tiba hari Ahad. Takda mood nak menggalas tugas kat rumah. Kalau boleh nak lepak aje tapi being mak-mak ni, manalah bolehkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...