Friday, May 8, 2015

Kuih Badak Berendam


Assalamualaikum..

Kuih badak berendam.. Kuih yang menjadi kegemaran LM sejak hamilkan anak kedua. Dapat pula yang intinya memang sedap lembut terus tak boleh berhenti makan sebiji demi sebiji.

Alhamdulillah kebetulan bos besar ada beli kelapa yang sesuai sangat untuk dibuat inti maka LM tukar menu dari nak buat kuih kasui terus bertukar ke badak berendam. Projek petang semalam la ni... Kebetulan baby Ariz sangat baik. Dapat lah ummi menggentel kuih buat minum petang.

Turut turun padang bibik la.. Mana ummi larat nak buat kuih lelaju macam orang nak kena serang hendap dengan askar komunis. Ekeke




Tara.. Ni lah kuihnya. Ops.. Bagi yang tak kenal atau tak tau apa tu kuih badak berendam, luarnya tu tepung pulut. Macam kuih buah melaka tu.. Tapi intinya inti kelapa. Macam inti kuih ketayap. Luar tu santan pekat yang LM masak bersama sikit tepung beras dan garam. Rasanya kenyal lemak manis cukup buat menambat selera orang demam ni ha..

Alhamdulillah.. Hampir tiap hari tersedia kuih yang enak2. Rezeki dari Allah... Macam biasa ummi rajin buat je malas mengemas. Sepah tepung sana sini lantak la ko. Bibik la yang mengelap balik bagi kilat dapur tu. sori bibik.. Berapa kali ek 'ibu' ko ni masak dari pagi sampai malam? Hahaha.. Dia pun tak terkira, belum campur lagi asik menggril ayam bila lapar. Ekeke.. Mercik sana sini semata-mata nak grill dua ketul ayam. Sadis betul kan?

Siapa suka kuih tradisional? Biasanya untuk minum petang kuih lama ni lah yang jadi pilihan kami.

Qila: ooo buat dia senang je kan. Ambik badak, bulat2 letak inti pastu masak. Senang je..

Ummi: badak? Eii x selera nak telan kalau letak daging badak dalam kuih tu.

*belum lagi buat cucur badak. Pun dia kata letak daging badak jugak la kot? Cucur bilis letak bilis, jemput udang letak udang. Jemput kentang pun letak kentang. Ehehe

www.tips-fb.com

5 comments:

Falsya said...Reply To This Comment

Resepi please LM..suke sgt kuih2 tradisional..last week buat onde2..mana tau this week boleh wat badak berendam..sedapnyeee..

ejulz said...Reply To This Comment

x pernah tgk dan mkn kuih ni.. hehe

ejulz said...Reply To This Comment

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join jika sudi.. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

Jom terjah entry terkini "Movie terbaek bulan ni.."

Myra Jay said...Reply To This Comment

Hheee, pandai Qila buat lawak..
Klau untie pun tak lalu nak telan..heheee

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahaha... Kalau letak daging badak, pelawa saya makan pun saya senyum simpul menolak *_* Seram!

Saya pulak kalau memasak, dan-dan tu terus kemas. Guna satu bekas, basuh. Lepas masak ni basuh kuali lepas tu letak kuali lain. Memang tak boleh pandang kalau dalam sinki penuh dengan pinggan mangkuk kotor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...