Thursday, May 21, 2015

Lauk Semalam.

Assalamualaikum..

Lauk semalam. Kadang kala lebihan lauk semalam akan terasa sedap bila dimakan keesokan harinya. LM bukanlah orang yang suka makan lauk bermalam, kena ikut jenis lauk juga. Kalau jenis lauk sambal- sambal atau rendang layan la jugak, kalau jenis sup atau gulai tak mampu telan lagi esok harinya.

Sebenarnya... Tekak ni mudah jemu. Memang jemu sangat kot nak telan lauk yang dah makan hari sebelumnya. Tapi.. Kalau lusa nya boleh telan dah semula. Makanya, andai kata ada lauk berlebih, LM akan bekukan atau simpan elok- elok nanti akan dipanaskan dua hari lepas tu, hehehe.. Pelik ke? Cara masing- masing la kan.

Tapi kan. Terasa lauk semalam ni macam penyelamat la pulak. Andai kata tak cukup lauk ke, tak sempat nak masak lagi ke.. Boleh la panaskan lauk tu buat mengalas perut lapar.. Hehehe.

Sejak ada baby ni memang selalu sangat duk mengintai lauk lebih semalam kelmarin buat alas perut. Untung kot ... Ada berjenis lauk yang masih elok tersimpan dalam peri sejuk tu. yang penting.. Sedap, masih elok.. Halal dan takda GST-_^

www.tips-fb.com

4 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Kekekeke....patutla akk msuk x dpt...ingtkan dh jual domain 😝😝😝😝😝😝

Sidratul Muntaha said...Reply To This Comment

tell me about it.
dulu pun mcm tu jugak
tak suke lauk semalam
tapi sejak anak dua ni
nasi semalam penyelamat tuk buat nasi goreng sarapan pagi esoknya
sambal semalam elok lagi tuk buat rencah asam pedas / sambal tumis sardin / sambal telur.even kdg2 buat sweet sour additional
kalau tgk chooped..leftover tu yg selalu jdi main ingredient tuk compete

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

lauk semalam boleh je sy makan kalau tak rasa dan baunya tak berubah.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau gulai asam pedas tu lagi simpan semalam lagi mengancam sampai rasa tak nak berhenti makan!

Ikut suka masing-masinglah. Saya ni okey aje makan lauk semalam tapi anak-anak tak boleh terima. Itu yang jadi perdebatan dalam rumah kami kerana kalau hari bekerja saya memasak untuk makan malam aje. Kalau ada lebih, saya simpan. Saya suruhlah Abang panaskan aje lauk tu bila nak makan tapi dia tak mahu makan saki-baki lauk semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...