Thursday, May 14, 2015

Malas Nak Layan

Salam...

Badan ni terasa lemau la pulak sejak baik demam haritu. Ditambah pula pagi semalam bangun seawal lima pagi siapkan makanan untuk si kakak besar bersahur.

Bila ada baby ni faham- faham je lah, manalah dapat tidur lena sangat sebab dia memang akan bangun paling tidak pun sekali untuk menyusu. Tapi biasanya dia akan bangun dua kali sebelum jam berbunyi 5.30 pagi tu.

Bila dah mamai- mamai sebab bangun lebih awal, dapat pula soalan cepumas dari maid awal pagi tu.

Maid: cina yang jual pau tepi jalan tu ada tak jual pau kacang? Teringin s***

Aku: cina? Ish kak s*** ni, takkan nak beli kat cina

Maid: takpa.. Pau kacang takpa

Aku: memang la takda babi, tapi bekas2 cina tu kalau dah guna babi tapi tak samak kan kita tak boleh juga makan yg dia masak. Nanti petang2 kita buat la kejap pau tu. tak lama pun buatnya. Kacang pun ada tu( inti kacang merah)

Maid: ooo iya jugak ye?

Grrr mazhab apa dia pakai ntah? Atau memang tak tau langsung pasal hukum hakam atau dia ni memang hantam kromo je bab makan makanan cina?

Bila dah letih mata mengantuk awal petang memang la tak larat. Biasanya jam 2-3 petang kalau LM kelentang kelentung kat dapur buat juadah minum petang dia akan liar je kat luar buat kerja lain. Selagi tak panggil suruh tolong memang tak nampak batang hidung dia kat dapur.

Padahal dia gak yang makan banyak. Jadik tikus angkut makanan dalam bilik tu. malas la nak cerita peel buruk dia jadik tikus angkut makanan tu .. Nak cerita nape malas nak layan..

Tup tup syafiq ni pukul 3 lebih kot, tertido kat sofa sejak jam dua petang. Bila dia sedar tiga lebih tu dia terus ke dapur capai itu capai ini berputar2 macam orang mengigau. Bila ditarik masuk ke dalam dia duduk depan sofa terus mengalir2 air kencing dia. Sobssss

Eh si badigol ni nampak syafiq kencing dia terus keluar buat kerja lain. Aku yang kena dukung syafiq( takkan nak suruh jalan kaki dah kena air kencing). Aku yang kena ngemop. Semua kena laju sebab takut mengalir kena karpet.

Weiii kau saja nak uji tahap kesabaran aku ye? Malas beb nak panggil orang yang sengaja mengelat . Sabarnya hati aku kan? Phewwww kalau tak sabar lama dah kena dera indon sekor ni tau tak?takpe2.. Malas nak layan.. Biarkan dia!

Bila dah sakit hati terus malas nak menguli pau. Lantak la kau. Padahal kalau buat pau pun anak2 suka pau ayam. Tak kuasa lah nak buatkan dia pau kacang bagai tu sedangkan dia pemalas . Kalau buat pau tu dah tak yah nak fikir soal menu bekal anak tapi sebab sakit hati terus tukar menu. Terus hari ni menggoreng mihun singapore untuk anak2.

Jimat tenaga, tak yah menguli pau, dapat tido petang jugak! Yeayyy puas hati aku. Padan la muka kau. Ekeke( gelak dalam hati)

Kenapa tak marah? Kenapa tak cakap? Mesti korang pelik kan?

Malas nak bising, sabtu ni dia dah nak balik indon konon anak dia kawen. Hujung bulan dia balik sini semula( kalau balik.. Pasrah je la)

Takyah la kot korang nak kata tukar lain, sebab dia dah tiga bulan pun kat sini. Abis waranty pun. Tukar lain atau halau dia dari sini bererti habislah beriban duit beli dia aritu. Nanti kalau ada rezeki dia datang balik hujung bulan ni undang2 baru bakal dikeluarkan. Khas buat bibik S***

La ni.. Sabar je lah tengok perangai dia sementara nak tunggu sabtu pagi menjelma. Orang nak balik anak kawen takkan kami nak ikat dia kat tiang depan rumah. Ikut kau la.. Kau balik dua minggu gaji aku potong la dua minggu. Apa ada hal!

www.tips-fb.com

8 comments:

Ibu Ilyanie(s) said...Reply To This Comment

as salam.. saja datang bertandang!
P/s: Jemput datang ke rumah and folo too ye...TQ! puterihannan.blogspot.com

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

bab mengangkut makanan tu kami pernah kena LM.. dulu ada sepupu husband datang menumpang kat rumah.. dah la tumpang takde bayar apa..tumpang saja.. padahal dia datang tu utk kerja kat sini.. bab sewa, bil bagai tu takpe lah.. kami redho.. tapi bab makan tu yg tak tahan.. anak saya makan sikit.. dia pulak yg makan terlebih banyak.. letih bela anak orang.. nasib baik tak lama.. dalam tak lama tu pun berbulan jugak la saya stress.. ahahaha

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

Jenis maid camni punca majikan dera nasib baik akak LM majikan dia. memang tahap pemalas yang tak layak jadi maid. Macam kita pulak maid dia jadinya. Orang indon memang camtu kak.. Islam dorang kadang2 kelam kabut sikit nak2 lagi bab makan. Tapi kat Tv pun kadang2 kita tgk rancangan yg jenis travel2 ni.. gerai2 cina tepi jalan pun depa makan. Sampai jadi pelik pulak saya

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Ntah.. Kelam kabut tgk islam yg dorang amalkan ni. Islam tu betul sama dgn ajaran yg kita amal cuma cara dorang je terpesong jauh. Jahil kot.. Klu jahil x dosa lah .. Tp ayat dia klu inti kacang xpe. Err akk lak ngeri dgr

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Terima kasih sudi bertandang ke laman LM ye

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Berbulan? Mak aiii blh separuh giler klu kena kat LM.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahahaha padan muka padan muka

rasakan. boleh pulak buat tatau lari bila tengok anak majikan terkencing. kalau bukan dia yang kena buat kerja buat ape kita gajikan dia kan

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sesekali bila maid teringin...

Kiranya LM ni okeylah juga ada sifat perikemanusiaan. Kalau saya agaknya lagi teruk maid ni kena. Kalau dah dia malas, jangan haraplah nak dapat apa-apa daripada saya.

Harap-harapnya dia baliklah hujung bulan ni ya. LM. Tapi mana yang lagi baik ~ dia balik ke atau dia tak balik terus? Kalau ikutkan perangai, kalau sayalah macam lagi suka dia tak balik terus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...