Friday, May 22, 2015

Masa Untuk Berehat

Assalamualaikum...

Hari ni jumaat ! Yeayyy esok cuti. Ahakss gedik mengalahkan budak sekolah je kan? Takda lah cuti sangat pun, esok masih wajib bangun pagi siapkan sarapan dan bekalan kakak yang tuisyen kat sekolah.. Rutin biasa tiap sabtu :)

Memandangkan malam tadi letih, perut lapar sampai longlai badan akibat baby Ariz meragam takmo tidur asik sumbat susu je tapi tak mampu nak bangun top up makanan dalam perut ummi ni mulalah hari ni rasa lembik, lemah semacam je.

Memang ras tak larat. Masak ayam goreng salut tepung berempah resepi campak2 dan sup sawi jepun campur tauhu jepun je ditambah dengan sambal belacan sikit. Otak tak boleh fikir sangat apa yang terbayang cuma bantal saja. Hehehe

Lepas akak berdua tu ke sekolah agama lelaju ajak syafiq tidur dalam bilik dia. Dapatlah lelap kejap, merehatkan badan. Tapi... Walau mata ni tak larat nak bukak, tengok baby ternganga2 mulut sengeh2 kat ummi menendang2 ajak borak memang la tak sampai hati.

Akhirnya layan jugaklah baby Ariz berborak.. Berehat sekejap mampu buat diri segar. Bukan selalu dapat tidur siang. Sesekali tidur siang rasa macam dapat semangkuk ABC special tau!



www.tips-fb.com

7 comments:

Lea Ismail said...Reply To This Comment

Samalah kita.cuti pun macam hari kerja gak.kena bangun watkan sarapan utk suami

Lea Ismail said...Reply To This Comment

Samalah kita.cuti pun macam hari kerja gak.kena bangun watkan sarapan utk suami

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

ibu mithali kak long ni. hehe

Yan Ty said...Reply To This Comment

Betul , selepas 5 hari bekerja. Kadang tu badan nk juga berehat tapi kadang tu masa nak rehat la ada je hal mendatang. Apa2pun do take care ye sis.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Ini yg kita kata xtahu apa bakal berlaku kan.. LM plan nk rehat, kena bengkak susu pulak..alahai.. dah di usia 34 ni saya makin sensitif kalau bab xcukup tdo.. mudah sakit kepala kalau xtido 5jam.. lagi2 kalau 2 hari berturut tido sikit mulalah kepala berdenyut2 takleh nk fikir snagat..alahai..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

haaa sawi tu kot milkbooster akak. tak pun tauhu tu kan

Mummydearie said...Reply To This Comment

Betul tu, LM. Mak-mak macam kita ni manalah ada istilah rehat sebenarnya. Kadang tu kita laju-laju buat kerja dengan harapan selesai kerja bolehlah tarik nafas dalam-dalam sekejap. Dapat 'me time' sekejap pun jadilah. Tapi selalunya memang takdalah istilah nak merehatkan badan dan minda ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...