Monday, May 11, 2015

Nanti Ummi Mati

Assalamualaikum..

Hari ni boss besar pula demam. Bila isnin menjelang si abang kecik mula merepek liat nak ke sekolah. Hati ni takut sangat dia takmo sekolah sebab hari ni mula ujian hafazan surah-surah dan doa di tadika dia.

Sambil pakaian dia pakaian seragam semoat semak bacaan doa dan surah dia . Tapi sambil baca surah mata dia masih terpejam. Ngeri jugak hati ni, kot la dia mengamuk ke takmo sekolah.

Sebab ayah demam ummi lah yang kena hantar ke sekolah. Bila berhenti tengah- tengah jalan suruh dia keluar, terus dia buat perangai takmo keluar. Dup dap dup dap hati ni. Janganlah sampai dia takmo keluar dari kereta.

Mujur ada sebuah kereta menanti depan kami nak lalu ke depan. Bila ummi kata cepat keluar nanti kereta tu langgar kita ummi mati camne? Laju je dia keluar bila cikgu dia ambik dia dari kereta.

Mujur dia sayang ummi dia kan? Kalau lah dia meronta-ronta takmo turun kereta tak ke parah? Nak suruh ummi dukung memang tak la.. Baru lepas bersalin ni memang takmo nak angkat berat2..

Moga adik syafiq dapat baca semua doa dan surah yang cikgu soal dengan baik walau pelatnya ya Rabbi.. Harap cikgu fahamlah apa yang syafiq sebut. Walau sebutannya pelat bila LM semak memang dia boleh baca dengan betul doa tu. nak buat camne.. Baru tiga tahun lebih, pelat pun dapat dari ummi gak. Ummi dulu lima tahun pelat lagi kot. Hehehe...

www.tips-fb.com

4 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

awal jugak dia bersekolah ya.. bagus lah.. melentur buluh biar dari rebungnya.. insya allah..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. agaknya Nazif tahun depan pelat gitu gak kot..setakat ni mmg pelat di usia bln 8 ni masuk 3 tahun.. tapi kami yg biasa dgn dia ni faham la apa yg dia cakap.. kita ok la tu kan.. xyah nk risau.. moga abang kecik tu dapat buat yg tbaik k..

Yaya Azura said...Reply To This Comment

huish..dasyat ugutan ummi..maunya syafiq tak takut...hihi..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Syafiq ni sebaya Adik Cutekan, tiga tahun lebih. Bulan Nov nanti baru jadi 4 tahun. Adik Cute dah kurang pelatnya tu. Cakap pun dah lancar, kalah Mommy mengomel kat rumah!

Alaa... LM ni! Bagilah alasan lain supaya dia nak pergi sekolah. Bab-bab mati ni ngerilah kalau selalu keluar mulut. Lari pi batu belah ler... Hihihi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...