Wednesday, May 27, 2015

Nasi Pataya Ummi

Assalamualaikum...

Perkara biasa memang jadi satu beban di kepala ni nak memikir menu apa la nak dimasak buat bekal anak- anak ni.

Kebetulan tengah hari semalam LM buat kan nasi goreng pataya buat adik ad sebelum dia ke sekolah. Gulai lemak cili api udang bersama pucuk paku hari sebelumnya tu ada banyak lagi. Memang LM plan nak habiskan lauk tu dulu sebelum masak lauk lain.

Tapi.. Biasalah, adik ad ni memang tak mau makan lauk yang dah bermalam. Terus saja dia setuju bila ummi offer nak buatkan nasi goreng pataya.




Ahaha.. Tak reti pun nak bungkus dengan telur. Boleh la sekadar buat suka- suka untuk anak2.

Tup tup malam tadi anak bujang ni gi cerita dengan akak dia yang ummi ni buatkan dia nasi pataya. Apa lagi.. Terus la si kakak ni minta nasi pataya untuk bekal ke sekolah.

Kakak: ummi, boleh tak kalau esok nak bawa nasi pataya gi sekolah?

Ummi dia ni kalau dah anak buat ayat camtu sah sah la cair hati.

Tapi... Sebab keletihan bunyik alarm pun tak dengar apa dah pagi tadi. Sedar- sedar pukul 5.35am. Toleh sebelah tengok baby Ariz tido telungkup. Berdebar-debar jantung rasa macam nak pecah. Sejak maghrib semalam baby Ariz memang kerap meniarap. Tapi dia belum pandai terlentang sendiri. Hari ni baru genap 3 bulan. Tak kisah pun dia tak pandai lagi sebab baru tiga bulan. Tapi bila tengok dia tido terlungkup panik la ummi. Takut dia lemas.. Terus cek tengok badan dia sejuk ke panas. Tepuk- tepuk pipi dia dan terus suakan susu. Memang panik sangat. Huhuhu

Bila dah menyusukan baby dekat pukul 6 baru nak mula menggoreng nasi. Baru sibuk nak defrost ayam.. Sobss

Apa pun syukur segalanya selesai . Kelam kabut juga tadi.

Anak-anak ni suka je bercerita ummi buat tu buat ni. Hehehe.. Sekolah tak sama sesi menu pun lain-lain, tu yang mereka sibuk bercerita apa menu yang ummi hidang buat mereka kot.

Nota kaki: kak abby.. Plis tinggalkan nmbr tipon kak abby, adik g blog akk dah tak update dah.

Nota kaki2: yeayy baby Ariz dah tiga bulan. Syukur dia sihat dan sangat lah baik tak banyak kerenah
www.tips-fb.com

17 comments:

Lea Ismail said...Reply To This Comment

comel betul nasi tu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Salam LM ~_^

Kalaulah saya yang terlambat bangun, jawabnya memang roti sapu marjerin/jem ajelah yang dapat bekalkan. Dengan kalut emak nak bersiap, dengan anak lagi bersiap ikut suka hati dia, memang panik tau kalau lambat bangun.

Bawa bekal nasi pattaya pergi sekolah? Ish, kira mak-mak chef je LM boleh buat. Kalau saya ni nak buat nasi pattaya pepagi hari tak tahulah pukul berapa si Abang tu sampai sekolah!

Kakzakie said...Reply To This Comment

Apa lagi nasi pattayanya ada muka senyum - sedap tu:)
Kejap dah 3 bulan kan dik.. Dah nak meniarap kot. Cepat juga tapi bila macam tu jgn leka..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

masalah sama..pagi2 pening dah nak masak apa la untuk bekal maisara.dah la dia ni cerewet bab makan..biasanya saya bekal kan ayam goreng,kadang2 nasik lemak,sekali sekala mee goreng kosong..kalau kuih2 langsung tak mau..

sue sue said...Reply To This Comment

Air tangan ibu...penuh kasih sayang nasi pataya ni..hihi..
Saya nak bawak bekal sendiri ke tempat kerja pon selalu pening nak masak apa..ini pulak kalau nak masakkan anak nanti..




Singgah blogwalking...:)
Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

Acik Erna said...Reply To This Comment

Masa anak2 kecik acik pun mudah panik LM.sampai dapat masaalah tak lena tidur..

anyss said...Reply To This Comment

assalamualaikum,
terus terasa lapooo nengok gambar

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Hahahahaha.....dh mcm jejak kasih plak...bye Kali dok cari ๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Haha mujur dia nk mkn. Ummi dia tgk rasa gerun nk mkn tau!

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Roti xde stok yangggg.klu ada haruslah roti je

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Alhamdulillah dah meniarap beberapa hari sblm masuk tiga bln aritu kak

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Lama dh sy x buat nasik lemak.. X pernah lg sy bg ayam goreng. Good idea. Tq diana

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Mmg akan buntu klu tiap hari kena memikir.. Sobsss

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Kita sama acik. Mmg kerap x lena sbb takut x sedar

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Waalaikum salam anyss. Hihi takda hidung nasik tu

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Rindu kat kak abby!!!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira pun selalu panik kalau tgk tertiarap gitu walau sekarang dah besar. mesti tengok perot dulu ada naik turun nafas tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...