Tuesday, May 12, 2015

Nugget Homemade


Assalamualaikum..

Yuhuuuu baru hari selasa ke hari ni? Terasa minggu ni sangat perlahan masa bergerak. Tik tok tik tok.. Arghhh stress dan otak rasa sangat terbeban. Niat hati nak bercuti ambik angin luar, hirup udara segar.. Cameron? Fraser hill? Pantai? Pulau? Semuanya hanya tinggal angan2. Busy weiii anak tengah exam okey!!

Malam tadi dah gelisah sangat dah sebab buntu tak tau nak bekalkan apa untuk anak2 syurga ni ke sekolah. Stok makanan sejuk beku yang ada cuma drummet ayamas.

Fikir punya fikir.. Akhirnya beranikan diri mencuba guna pakai food prosessor yang entah berapa minggu dah beli tapi tersadai kat dapur tu. dulu merengek minta bos besar belikan konon susah nak buat nugget , bila dah beli ngeri nak pakai sebab cina kedai tu dah bagi AMARAN berhati2 katanya ramai yang terbelah tangan bila cuci pisau tu yang tahap ketajamannya amat mengerikan( cara cina tu cakap la...)

Bab luka ni memang LM paling takut.. Dah tu mulalah tersadai benda tu tak pakai duk dalam kotak berminggu- minggu. Masa kat qatar dulu food prosessor kami mudah je nak guna. Yang ni jenis banyak mangkuk dan banyak bilah pisaunya.

Kebetulan bos besar ada belum gi surau lelaju minta dia tunjuk cara guna. Syukur.. Dapat pun buat nugget .



Ni yang dah siap buat. Simpan beku siap sedia untuk si bibik goreng pagi tadi.

Bahan:
Isi ayam( kisar)
Serbuk roti
Garam
Telur putih( pukul sikit)
Lada sulah
Serbuk pati ayam

Caranya: campurkan garam, lada sulah dan serbuk pati ayam dalam daging ayam yang telah dikisar. Bentukkan dan celup dalam serbuk roti. Celup pula dalam putih telur dan kemudian celup lagi dalam serbuk roti..

Siap! Sedia untuk digoreng...

Jika suka boleh juga dicampur hirisan bayam atau carrot dalam adunan tadi.

Bentuk peha tu sikit je LM buat. Nak cepat punya pasal... Terkejar2 kalut nak siap cepat sebelum baby bangun. Ehehe

P/s: serbuk roti tu boleh pilih nak yang berwarna atau yang biasa je.. Kisar cornflakes atau oat pun boleh juga kalau takda serbuk roti:)
www.tips-fb.com

3 comments:

Mar Mansor said...Reply To This Comment

sebijik cam nugget beli

Ummu Athiyah Ismail said...Reply To This Comment

oo macam senang jer nak buat ...leh la try nanti :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh alahai... mudahnya nak buat homemade nugget. Awat cheq tak habaq dulu!

Keh3x... macamlah kalau dah tahu dan-dan tu kita nak buat. Tapi seriuslah LM, senangnya nak buat nugget! Kita nak buat azamlah.... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...