Sunday, May 24, 2015

Permainan Anak

Assalamualaikum..

Pada LM sesiapa yang berjaya berbelanja mengikut apa yang mereka rasa perlu saja tanpa barang sampingan amatlah hebat!

Pelik...
Bila ke pasar atau ke mana saja benda yang tak di listkan pun akan dibeli juga. Bila dah nampak pasti ambil. Ye la.. Benda yang nak dipakai takkan tak beli kan? Tadi ke pasar tak plan nak beli pucuk paku pun, tapi dah nampak terus sambar. Boleh juga buat masak lemak cili api campur dengan udang nanti.

Nampak cili benggala terus sambar, sedap juga dibuat bahan sampingan hiasan pizza anak2, dan juga sedap dicampur bersama sayur campur nanti.

Tapi kan.. Bab tak boleh blah bila terpaksa beli mainan anak. Kalau dah dia merajuk sampai mencangkung tengah- tengah jalan takkan takmo belikan pula. Pandai betul lori mainan tu parking tepi laluan orang nak masuk ke pasar borong tu ye?

Walau ayahnya dah belikan dia robot semalam, hari ni tetap dia minta ultraman pula bila dah nampak dari jauh situ ada jual ultraman. Alahai anak.. Kalau takda duit memang tak boleh bawa berjalan anak2 ni.

Nampak jagung nak jagung, nampak itu nak ini nak.. Barang yang kita plan nak beli berapa lah sangat, kena cukai mainan dan makanan dorang berganda2 daripada tu. sobsss
www.tips-fb.com

3 comments:

Lea Ismail said...Reply To This Comment

part mencangkung n bertakan badan tu yang tak larat dgn peel anak

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

stress kalau shopping barang nak kena gaduh diorang nak mainan.. hahaa

Mummydearie said...Reply To This Comment

Biasalah budak-budak. Jangan beranganlah nak keluar dengan depa ni bawa duit RM50 jerk dalam dompet. Memang pengsan dibuatnya. Sama macam Adik Cute juga. Kalau dia nak, dia naklah. Kalau tak beli, ratapan hibanya tu menusuk kalbu sampai rasa nak bertukar jadi tarzan jerk tetiba.

Yang sadis sangat tu, hari ni dah beli esok kita keluar dia nak beli lagi benda yang sama! Itu yang paling tak boleh tahan nak sabar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...