Thursday, May 21, 2015

Promoter Aeon Jusco Equine Tak Mesra Pelanggan?

Assalamualaikum...

Hurmmm semalam lepas solat maghrib dah reda sikit marah di hati ni tapi bila jari menaip panas hati tu datang lagi.

Al kisah, beberapa hari lepas ayah dapat baucer jusco bernilai rm400. Siapa bagi pun tak tau katanya, memang dah sedia ada atas meja di pejabat. Daripada pihak majikan dan kawan- kawan la kan.. Tapi memang haritu dorang dah bagi baju dan sejumlah wang tunai buat baby Ariz. takpalah... Dah rezeki dia, bukan senang nak dapat rm400 tu kan..

Bila dah beberapa hari tertunda hajat nak mencairkan jumlah rm400 tu haih tp bukan belanja 400 pun.. berlebih2 la jumlahnya memandangkan anak kami kan ramai..maka semalam nekad la meninggalkan segala kesibukan kerja rumah terus keluar shopping . Bukan jauh pun.. Tapi selalu sangat tak sempat.

Biasanya sejak dua tahun lepas bila nak beli baju memang promoter yang sama akan layan saya. Elok je ramah tamah dan dia memangdah cam muka LM. Tapi..mana perfi budak tu????

Kami sampai lebih kurang 7.15 pm. Memang dah siap sedia bawa telekung, beg baby dan segala biskut bagai sebab memang tau masa suntuk time malam. Kebetulan memang tak ramai orang, lega.. Tak perlu rebut-rebut dan paling melegakan hati ada potongan harga 10%-70%. Wahhh.. Memang teruja sebab baju kikilala anak perempuan berlengan panjang pun boleh dapat harga rm20 sehelai.

Patern yang sama berterabur. Lima enam helai kat situ sikit, sana pun ada patern dan warna sama.. Bila nak cari saiz haruslah kita tarik dan selak kat kolar baju tu untuk tau saiz kan? Biasanya saiz besar ada bahagiab bawah, tapi bila saiz berterabur makin payah la kami nak mencari kan?

Ye.. Mencari saiz akan buat pakaian tu berselerak. Tapi tak la LM tarik kirai macam apa, cuma angkat dan selak leher je. Tak kirai pun tau. Tau apa jadi???

Ada promoter wanita yang muka masam macam cuka, kerja macam dia soranf je tang kerja.. Muka macam melayan 10 pelanggan.. Muncung boleh ikat dan pandang LM macam nak telan marah kita mencari baju

Siapa nama dia? Namanya JULIANA. Ye.. Promoter yang ada di pakaian kililala jusco equine bernama Juliana sampai mati aku ingat nama tu!

Kalau dia lipat semula jauh-jauh takpe lagi. Bayangkan.. Dia mengekor LM dari tempat baju ke tempat seluar. Boleh berdiri sebelah- sebelah lagi tu. dan baju atau seluar yang kita baru letak terus dia lipat macam nak telan kita. Muka? Macam apa je muncung panjang masam mencuka. Apa kau rasa???

Memang kerja dia mengekor LM. Weiii carik baju anak lima orang punya beb!! Memang la lama, memang la perlu carik banyak saiz. Dah kalau kami beli seluar qila 3-4 helai( lupa berapa), tshirt qila 5-6 helai, baju adik ad, baju syafiq, sluar syafiq dan adik ad..baju baby ...

Bila dah jumpa patern seluar yang nampak elok LM pun selak mencari saiz qila. Jumpa banyak saiz adik ad je.. Tup tup dia tanya dengan nada macam nak terajang orang" nak saiz apa, situ semua besar"

Takpe biar saya cari, saiz anak saya berbeza2 jawab LM

Dia mendesak nak carikan sebab dia kata dia carik lagi senang, situ semua besar, bla bla bla.

LM mula naik angin, LM kata dia ni kenapa? Kita mencari saiz utk qila, ad, syafiq.. Tiga anak yg berbeza saiz. Dia pula nak cepat2 konon nak carikkan . Sebab konon kita buat dia byk kerja nak kena lipat semula. LM
Marah la dah la dia mengekor dari tadi. Apa yang kita lepas terus dia lipat. Ke..korang tak marah???

Dengan muka macam mintak penampar, nada nak marah kita( pelanggan). Please la .. Hormat pelanggan. Tak mau penat pergi lah kerja lain. Atau takyah kerja macam aku ni ha.. Pastu mintak elaun kat laki. Duk rumah goyang kaki gemokkan badan. Opsss kau lagi gemok .. silap2. memang marah ni.. Sobsss... Tak pernah jumpa promoter kurang ajar camni tau. Ni pertama kali jumpa.

Bila dah naik angin terus solat tinggalkan ayah di situ. Terus lalu depan kaunter customer servis nak buat aduan, bla bla bla tanya mamat depan kaunter tu. janji nak isi form lepas solat.

Lepas solat hati sejuk sikit tak jadi buat aduan. Biar je la.. Malas nak kecoh2.. Lantak kau la Juliana. Tapi.. Kalau buat muka camtu rasanya baik kerja cuci pinggan kat warung je kot. Kalau nak kerja berdepan dengan pelanggan kau penat ke kau banyak kerja ke mana boleh buat perangai hodoh tu. Muka tak lawa takpe beb janji tak la muka muncung kerja tak ikhlas sampai pelanggan mual tengok muka kau. Sungguh,kecewa sangat. Tak pernah lagi rasa bengkak hati shopping kat jusco equine selama tinggal sini dah 3 tahun tau. Ni lah pertama kali.

Korang pernah jumpa promoter cam Juliana ni? Bengkak hati tau! Kenapa takmo buat aduan? Sebab malas la nanti kau kena panggil pihak atasan dua minggu kau tak abis mimpi muka aku kan juliana?


www.tips-fb.com

7 comments:

Sidratul Muntaha said...Reply To This Comment

selalu.
mula2 tu tegur elok2
last2 gi cs and isi form. setel

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Uitssd..rin baca cerita LM..rin yg naik meluat kot...geramnya...pttnya LM adukan aje.mgkn dia xperasan muka dia kelat tu.haha

Diana Rashid said...Reply To This Comment

sama macam sidratul..
Angin dah reda pun saya tetap pi kaunter depan isi form aduan..
memang tak de maaf la..
dah memang tu kerja dia..kalau rasa kerja tu susah menikah je lepoas dok umah macam kita ni..kan??

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Haha kan? Xmo keje jgn la kerja. Takpe2.. Esok lusa sy blh isi form tu. dkt je ngan umah selagi ingat nama dia xde hal punya

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Sepatutnya ... Mmg kena buat aduan kot biar jd pengajaran buat dia dan org lain

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Huhu.. Ingtkan LM sorang kena ngan promoter

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya kalau pergi shopping memang tak suka promoter dok menebeng sama. Tapi kalau kita sibuk mencari, mereka sibuk bergosip pun naik angin juga. Saya pernah kena macam ni tapi takdalah dia buat muka muncung berdepa kalah muncung kapalterbang.

Saya angkat baju nak tengok saiz aje. Dia pun tanya nak saiz apa. Saya cakaplah. Lepas tu dia cari senang jerk cakap takda. Saya kuis lagi baju warna lain. Dia tanya lagi nak saiz apa. Saya cakaplah kan dah kata saya cari saiz ni. Kalau nak tolong cari, carikan sekarang. Kalau tak, saya kuis lagi baju-baju ni sampai jumpa saiz sesuai.

Bengang tak bengang belakang kiralah dah itu kerjanyakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...