Sunday, May 10, 2015

Sabtu Ahad

Assalamualaikum...

Ya Allah busynya hujung minggu ku sampai dah nak berakhir hari ahad masih terasa yang badan dan minda ni tak dapat berehat pun.

Apa yang disibukkan di hari sabtu?

Macam biasa pagi sabtu si kakak besar ada tuisyen, maka terrrrrpaksa juga LM gagahkan diri bangun 5.30 pagi menyiapkan sarapan dan bekal dia. Si abang dan kakak kata nak makan nasi goreng pataya. Kelentang kelentung siapkan dua set nasi pataya untuk anak berdua tu. kami makan nasi goreng biasa saja tanpa telur.. Eh dalam nasi tu dah letak telur pun sebenarnya...

Bermalas- malasan atas katil barulah berkemas konon nak cuci mata saja sebab kata bos besar hari sabtu malas nak shopping takda plastik. Pukul 11 baru lah gerak..entah ke mana arah tujuan pun tak tau.

Ops bos besar menuju ke arah bandar kinrara. Dapat ke giant! Yeayy cuci mana boleh beli barang dapur. Dapatlah beli ikan kembung, ayam sekor, peha 7-8 ketul, ikan parang( plan nak buat asam pedas) dan hati ayam serta sayur labu dan kacang panjang. Nampak cili merah sambar la sikit.

Lega ... Ye lah, banyak juga lauk dapat disambar. Stok berapa hari dah tu kan.. Balik tu singgah beli durian kejap dan terus ambik kakak balik dari tuisyen kat sekolah. Sampai rumah kalut-kalut terus masak nasi dan masak hati ayam campur kacang panjang serta sambal ikan kembung sementara maid bersihkan segala stok lauk tadi.

Siap masak rest kejap dan terus buat bubur kacang hijau campur durian pula. Kejap je hari dah petang.. Lepas tu malam...

Ahad(hari ni)
Mengantuk tahap cipan bila si abang besar hampir semalaman tak tidur katanya ada hantu. Asik menangis kata ada hantu, terlelap kejap jerit lagi. Sobsss

Disebabkan dah bagi tau maid pagi ni nak bawa dia keluar sekali, sejak 5.30 pagi dia dah mengemop bagai lap sana lap sini teruja nak jalan. Ekeke..

Sebenarnya tak plan nak gi mana pun, kot la bos besar nak ke pasar tani dengkil atau.. Entah..

Rupanya kami sarapan di kedai yang dah lama tak kami kunjungi dan terus ke giant kinrara puchong lagi. Uik?? Semalam dah pergi arini pergi lagi? Ahaha hampir penuh jugak troli walau semalam dah pergi

Sampai je kami leka- leka ditempat seluar, layan si bibik sibuk nak beli seluar( banyak dah seluar nak beli lagi watpe lah.. Rasanya sejak dua tiga minggu ni dah tiga helai jeans dia beli kot. Belum lagi seluar basahan rumah yang kami belikan tiga helai, dia beli dua helai.. Tshirt lagi.. Amboiii kemain sopink kan orang gajiku itu. Ekeke

Sibuk tengok dia mengirai seluar kami dipelawa memotong kek untuk meraikan hari ibu oleh staf2 Giant. Wahhh best!! Siap ada kek besar lagi. Kemain baby ariz pun sibuk bergambar dengan staf giant walau ummi yang sambut hari ibu ye? Lepas tu ke bakery sibuk beli cream cheese dan susu serta stok membaking pula.

Balik tu cam biasa kalut2 memasak pula untuk lunch. Menu paling ringkas terlintas difikiran adalah nasi briyani dan briyam ayam saja. Ditambah dengan acar jelatah. Tu je la, air pula air teh bunga kekwa.

Siap makan projek buat tart gulung pula. Sobsss penatnya.. Mujur bos besar tolong tekankan doh. Awalnya si kakak tolong tapi mengenangkan esok exam ayah dia halau anak dara di suruh baca buku.. Kejap je siap, buat dua try je pun.




Resepi ni mmg tak sapu kuning telur ye.. Sedap cair di mulut. Nyumsss

Now, dah jam 5.10 petang. Letih terasa tapi... Ada paru yang dah direbus belum dihiris. Kalau hiris cepat boleh juga buat sambal sket petang ni, nom nom nom..

Sekejap je dah petang... Terasa nak zzzz je time penat camni

www.tips-fb.com

4 comments:

Myra Jay said...Reply To This Comment

Penuh aktiviti..
tapi paling best kuih tart tu, sedap.. :)

Acik Erna said...Reply To This Comment

acik pun suka kuih tart nenas ni..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Penuh aktiviti walaupun cuti ya.. bila dh ada family besar, aktiviti beli belah mmg tak adanya cukup sekali kan.. ada saja yang nak ditambah.. tambah2 lagi LM yang rajin masak ni..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau dah sibuk memang tak terasa masa berlalu. Tau-tau aje dah malam, dah habis sehari. Bila fikir balik tak tahu apa yang disibukkan. Hehehe...

Kiranya hujung minggu kali ni memang sibuk betullah dari pagi sampai ke petang tak berhenti tarik nafas semput nih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...