Friday, May 15, 2015

Sarapan Luar

Assalamualaikum...

Sejak ada maid tak jarang sangat rasanya kami sarapan kat luar pada hari kerja/ sekolah. Jarang dan boleh dikatakan tak pernah kot..

Hari ni kebetulan mood nak memasak tu takda. Cuma bekalkan sandwich telur dan roti apa ntah yang ada coklat gardenia tu untuk qila dan kakak. Bila sarapan cuma roti sah la perut ummi ni tak mau terima . Nanti cepat lapar sebab menyusukan baby Ariz

Buat muka selamber mandi pagi- pagi ikut gi hantar adik syafiq ke sekolah.. Ehehe. Muka jenis tak malu katanya... Bila nak balik tu bos besar tanya nak ke mana sedap je jawab mana2 je la. haha segan gak nak kata lapar nak sarapan kat luar. Ngeeeee

Boleh je sarapan kat rumah. Bungkus je bawa balik, tapi lagi syok kalau bersidai kat kedai mamak tu kot. Ekeke

Pepagi buta dah order mee goreng mamak. Permintaan mengalahkan orang peknen kembo. Tup tup mampu makan separuh je dah tersadai kekenyangan. Buat la alasab pedas la apa la, padahal memang tak mampu nak suap lagi. Kenyang giler.

Baby Ariz pun baik je tidur atas riba bagi peluang maknya ni menikmati mee mamak dengan aman. Hehehe

Balik lenggang lenggok bawa roti canai untuk bujang yang kat rumah tu. mata dah mengantuk, perut dah kekenyangan minta disorong bantal:)

www.tips-fb.com

5 comments:

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

okay. lapar. rasa nak pergi sarapan terus. hehe

Kakzakie said...Reply To This Comment

OKlah tu sesekali pekena mee mamak utk sarapan:)

Baby masih sedap lena sebab masih pagi kan sejuk kena pulak umi peluk memang sedaplah..

Acik Erna said...Reply To This Comment

Acik memang jarang sangt sarapan kat kexai.bukan rajin.masak sarapan..tapi..beli bawak balik..makan dirumah.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahah sekali sekala manja2 bersidai kt kedai mamak memang syok jugak kan hihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau setakat bersarapan di luar ni rasanya lagi banyak saya bersarapan di luar daripada di rumah. Yalah, hari bekerja memang sarapan kat luar. Hujung minggu pun anak beranak sekali sarapan kat luar. Itu pun pelik tahu kenapa gas kami tahan 3 bulan jerk. Patut tahan setengah tahun *_*

Erk, dah terkeluar tajuk! Orang cerita sarapan luar, kita cerita pasal gas memasak pulak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...