Thursday, May 14, 2015

Siapa Nak Tanggung GST?

Assalamualaikum..

GST... LM insan paling kedekut nak keluarkan duit bayar GST. Bila mana orang gaji sibuk nak cuti nak balik kampung kononnya anak dia nak kawen, maka dia berhajat nak beli barang untuk bawa balik indon.

Takdalah banyak mana barangnya, dia kata nak beli 5kg milo, 3-4 bungkus nasi impit dan 4 paket kulit popiah. Ye lah milo kat indon tak sedap katanya, maka dia berhajat sangat nak bawa balik milo. Nasik impit dan kulit popiah sana(medan) takda katanya.

Tapi.. Bila berbelanja haruslah kena GST kan? Jika belanja sama2 sah2 la kami yang kena tanggung GST dia. Takkan nak kata bak sini duit gst.. Taik hidung masin namanya tu.. Segan la kan!

Ahad aritu kami bawa dia ke giant tak pula dia sibuk nak beli barang dia sedangkan milo kat sana jauh lagi murah. Maka, tadi LM hantar dia ke kedai, suruh dia beli barang yang dia nak. Suruh minta kotak sekali agar tak la dia menyesakkan kepala otak nanti sibuk nak kotak bagai. Siap2 minta kotak lagi mudah kerja ...

Fuhhh lega dah siap beli barang dia. Tak lama mana pun dia balik, tak sampai dua minggu pun. Cuma benda yang paling malas nak fikir tu gst je la bila berbelanja. Kalau dia tak beli sendiri dia tak tau pasal gst. Kadang2 tu walau barang tu cuka rm5 sengaja LM biar dia bayar sendiri. Bila bayar sendiri heboh la dia sebut kena bayar rm5.30. Haaaa kalau bayar sendiri baru tau beban gst tu camne kan? Kan?

www.tips-fb.com

7 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Pengalaman kakak ni tau. Bila dah balik sana instead of 2 weeks dia akan prolong lagi dan lagi. Worst dia terus tak dtg lagi..

Harap bibik LM ni taklah macam tu...

Cik Aish said...Reply To This Comment

kalau beli satu brg, mmg tk terasa sgt. tp bila brg tu byk,, mmg terasa gst nye hehe

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

kena ada sesi mendidik bibik tentang gst ni. hehe

Diana Rashid said...Reply To This Comment

betul ke 2 minggu je tu??boleh percaya ke tu??kang dah balik sana jadi malas pulak nak balik kerja semula..

Acik Erna said...Reply To This Comment

Memang milo je kan LM.masa adik acik nak.pi.medan..ada kawan dia sama.kerja orang medan..siap.nak.kirimkan.milo intuk.keluarga dia

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hahahahahaha padan muka haaaa memang aritu dia ada kt kira.

"bibik nak balik indon nanti, anak bibik kawen dua orang sekali" pastu bla bla bla kira tak paham sgt apa yang dia sembang hihihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Suruh bayar asing-asinglah, LM. Suruh dia beratur kat depan dulu. Letak barang dia dulu. Dah selesai baru kira barang kita pulak. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...