Tuesday, May 26, 2015

Simpankan Sikit..

Assalamualaikum..

Cekodok pisang.. Selain ummi acha juga amat gemar makan cekodok pisang. Meh nak cerita satu rahsia. LM ni dulu- dulu buat cekodok lain memang lulus dengan jayanya. Tapi... Buat cekodok pisang memang selalu GAGAL. Tak pernah cantik bulat dan lembut kaya dengan rasa pisang. Kalau buat elok bulat tapi keras la.. Terlembik la.. Serap minyak laaa

Bertahun kawen memang tak lulus2 membuatnya. Bila pindah ke Paka, adalah satu kedai makan ni,memang dia ada jual cekodok pisang yang sangat sedap. Nampak sangat tak reti buat cekodok pisang sampai kena beli kan?

Kedai ni tak jauh pun dari rumah. Biasanya ayah beli sarapa akan beli sekali cekodok pisang ni untuk ummi. Masa tu hamilkan acha. Agaknya sebab itulah acha sangat suka makan cekodok pisang.

Bila dah pindah doha terus tak merasa lagi cekodok pisang sedap. Maka, gigih la buat sendiri sampai jadi .

Ni cekodok pisang pagi tadi.. Tinggalkan sikit utk adik syafiq.



Hitam manis.. Walau ak cantik cukup sedap ditekak kami. Lembut nyum nyum nyum..cuma guna sikit gula, tepung gandum dan sikit serbuk penaik. Gigih la konon basah kan jari nak bagi bulat tapi tak jugak bulat. Yang pertama je bulat lepas tu malas dah nak membulat2.. Ye lah.. Hampir pukul 6 baru nak buat cekodok kalut la sikit sebab melayan baby Ariz menyusu takmo lepas.

P/s: bibik sepatutnya balik lusa.. Malam tadi siap call mintak bapak masukkan duit sejuta katanya dia tak cukup duit. Haish haish haishh.. Lum balik lagi dah mintak hutang sejuta ye bibik? Duk je indon tu takyah balik sini la kot.. Grrrr
www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Statement 'nampak sangat tak reti buat sampai kena beli' tu sungguh menusuk kalbu. Terasa I tau. Hahaha....

Saya memang tak pernah buat cekodok pisang. Beli pisang untuk goreng ke, buat apa-apa pun tak pernah. Lagi hebatkan tapi tak malu pun saya, LM ~_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...