Thursday, May 14, 2015

Syampoo- Sekerap Mana Anda Bersyampoo

Assalamualaikum...

Ecehhh soalan macam pakar apa je kan? Ehehe.. Kalau tanya LM, memang lah LM ni akan cuci rambut selang sehari. Bersyampoo bukan satu kerja mudah untuk LM yang punyai baby berumur dua bulan yang tidurnya tak la lama mana tu.

Kerja bersyampoo makan banyak masa nak- nak rambut yang panjang dan memerlukan masa lama untuk mengeringkannya. Ops, tak suka guna pengering rambut, duk sorok dalam stor tu je ..

Dulu time kerja memang la akan syampoo tiap hari sebab rambut terperuk dalam tudung. Sekarang ni jimat la sikit syampoo tak perlu guna hari-hari kecuali jika balik kampung mertua kenalah cuci rambut tiap hari, bertudung hampir 24 jam memang buat rambut berwap dan sakit kepala.

Anak dara sunti LM tu memang bersyampoo tiap hari. Ye lah.. Pagi petang bertudung kan. Biasanya dia ni suka pakai syampoo dot dot dot .mahal la jugak syampoo tu. Bila memula maid sampai memang LM arahkan dia guna bilik mandi kat bilik anak2 dara sebab takmo dia guna bilik air untuk tetamu atas sebab tertentu. Tup tup tiap kali lepas dia mandi mak aii kuatnya bau syampoo. Uik? Tiap hari bersyampoo ke bibik oi?

Takkan la nak tanya kan? Si kakak pun mula bebel katanya syampoo dia cepat habis. Sebab dia pun selalu berebut bilik mandi dengan kakak, selalu je guna bilik mandi bila anak-anak balik sekolah. So, LM terus arahkan dia guna bilik mandi tetamu je. Syampoo pun belikan yang jenis murah sikit. Dah jenis suka main sabun main syampoo bagi je lah yang murah sikit kot.. Botak kepala bos besar nak tanggung kos syampoo kau kot bibik?

Sebab tak beli sendiri main curah je la kan? Cuba beli sendiri, tau la betapa nak berjimat bila guna sesuatu benda tu. eh.. Maid orang lain pun sama ye, kita kena belikan dia syampoo bagai tu? Arghhh nak stress buat apa kan? Belikan je lah syampoo safi rm5 sebotol. Kalau dia nak pakai yang mahal dia beli lah sendirik, gaji banyak kot.. Takat syampoo rm15-17 tu apalah sangat kan?

Ada kawan kata, jangan la stress dengan maid, dia tak paham ulang je cakap tiap hari sampai dia jadik tuli. Kalau dia cerdik tak la dia jadik maid. Ops tu kawan LM yang cakap ye, bukan LM. Berjela2 dia nasihatkan LM aritu..

Kes pergi tak kembali? Balik bercuti takmo datang kerja semula? Tu semua kuasa Allah. Jika itu takdirnya dan memang kami akan rugi ribuan ringgit tu takpelah, kami pasrah. Memang dah sediakan mental dah bila dia kata nak balik memang kami dah sedia.
www.tips-fb.com

5 comments:

Manan Qayyim said...Reply To This Comment

Sabar je la dengar Maid tu....

# MQ Mencari Rakan - BlogList Mei & Jun - Owh!MananQayyim™

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

kita jarang sekali dah syampoo sekarang ni kaklong sebab rambut botak. hahaha

Acik Erna said...Reply To This Comment

Acik tak pernah ada maid yang tinggal sekali LM.dulu2 zaman anak2 kecik.senang lagi.nak cari pengasuh datang pagi.balik petang ni LM

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira yang bukan maid ni pun shampoo sekali sehari je. tu pun pakai shampoo murah je

mewah maid akak

Mummydearie said...Reply To This Comment

Suruh dia beli sendirilah syampu bila habis. Ni mesti spesies syampu guna untuk sabun badan dari hujung rambut sampai hujung kaki nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...