Friday, May 22, 2015

Tidurkan Anak

Assalamualaikum..

Tidurkan anak tugas siapa?
Biasanya memang tu tugas ummi lah. Abang syafiq nak tidur mesti nak ummi ada sama baru dia boleh lelap. Nak- nak dia sekarang ni dah mula tidur dengan abang ad makanya... Memang dia nak ummi ada sebelah dia sebelum dia lena. Tapi... Kalau ummi letih sangat ayah la yang tidurkan syafiq. Kalau mood dia okey dia terus tidur, kalau tak... Sibuk la dia keluar masuk bilik ummi ajak tidurkan dia sama. Siap suruh angkut baby ke bilik dia lagi tu!

Si kecik tu sah la kena ummi tidurkan. Dah namanya susu badan, siapa lah yang boleh tidurkan baby selain ummi ye tak?

Tapi..
Malam tadi baby Ariz meragam la pulak. Menangis terjerit- jerit tak mau tidur. Dah salin pampers pun tak jalan jugak. Sedut hingus dia pun tak mau lelap. Menyusu tak henti- henti lepas tu tersedar meraung lagi.

Dia ni jarang sangat menangis. Biasanya dia akan merengek je. Bila dia menangis memang la ummi panik.

Tapi kan.. Dekat pukul 12 tu ummi berjaya tidurkan baby Ariz. yes!!! Ummi dapat tidur akhirnya. Dengan letih berganda- ganda, dengan nipple luka akibat baby ariz kerap sangat menyusu sampai ketap2 gusi.. Masanya untuk ummi berehat.. Yihaaa

Tup tup pagi ni ayah cerita baby ariz menangis takmo tidur . Last- last baby Ariz tidur atas dada ayah.

Uik??? Ummi membuta ayah yang jaga baby ke? Rasanya ayah dah berdengkur masa ummi tidurkan baby pukul 12 malam tu.

Ekeke.. Ummi membuta sampai tak sedar anak menangis ke? Ke.. Ayah yang tak kejut ummi? Terima kasih daun keladi lah ye ayah sebab tolong jaga baby Ariz sampai tido. Hihihi..camnelah ummi sampai tak sedar baby menangis ni? Padahal ayah memang dah tido masa baby tido tu. segan weh, kita yang duk rumah tak kerja ni pulak tidur sampai tak dengar anak menangis.

www.tips-fb.com

7 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Sesekali kita (ibu) memang perlukan bantuan suami. Walaupun tidak bekerja, penatnya tetap datang juga...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Ayah pun tahu umi dah penat sangat siang sibuk buat kerja. Baby pun sesekali nak rasa kena peluk ayah sampai lena..

Mar Mansor said...Reply To This Comment

ummi dah penat sangat tu..

sue sue said...Reply To This Comment

Tak apa...gilir-gilir jaga anak..hihi



Nak free vitamin tak?
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. mmg penat sangat tu kalau sampai LM tak perasan.. bagusla suami LM bijak usahakan nk tdurkan anak sendiri. Legalah gitu.. kang mak letih, anak menangis lama,adoi.. mitak dijauhkan ye..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ummi letih sangst tu hihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Mesti penat sangat tu LM sampaikan anak menangis pun tak sedar. Mujurlah ada suami yang memahami kepenatan kita sebagai seorang emak walaupun hanya duduk di rumah sahaja. Pada pendapat sayalah, duduk di rumah jadi surirumahtangga lagi penat dan banyak kerja berbanding dengan duduk bekerja di pejabat tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...