Tuesday, June 16, 2015

Baby Menangis-Apa Patut Kita Lakukan

Salam...

Baby.. 
Baby/bayi/anak kecil... Selagi belum pandai berkata-kata memang la LM akan tatang bagai minyak yang penuh. 

Biar seletih mana, sesibuk mana.. Bila baby menangis memang secepat mungkin LM akan terus dukung, dakap dan pujuk agar tangisan mereka terhenti dan tak melarat terutama sekali timr maghrib. 

Setakat busy nak masak, nak mengemas... Apa lah salahnya pujuk baby yang minta perhatian tu sekejap.. Ye tak?

Tapi ada juga orang yang berpendapat biarkan saja... Jangan dimanja anak tu nanti mereka terbiasa. Nangis sikit asik minta didukung.. Kalau asik nak mengadap dia je siapa nak buat kerja? Bibik? Ramai yang akan cakap macam tu.

Anak LM lima orang dah.. Ada bibik ke takda bibik ke tetap sama. Buat apa pun yang penting bila anak menangis pujuk dulu. Kalau nak tinggal dapur yang sedang menggoreng apa pun tutup lah dulu api agar tak jadi kes terlupa, terbakar atau terhangus.

Tu pendapat LM.. Lain orang lain pendapat. Ada orang dia memang biasakan anak menangis berjam- jam. Dia jenis tak sakit telinga dengar bunyik tangisan. LM pula jenis tak boleh dengar anak menangis dada rasa bagai nak pecah. Berdebar tak tentu hala sampai tangan terketar- ketar.. 

Baby ni bila menangis pasti ada yang tak kena.. Mereka haus, nak susu.. Mungkin lapar, mungkin lampin basah. Mungkin saja nak perhatian. Kalau kes nak perhatian tu dukung dakap mereka ke dada.. Tepuk2 manja bagi dengar degup jantung kita. Kejap je dah henti tangisan mereka. Betul tak?

Lagi satu.. LM takmo anak menangis sampai 'selak' kata orang kampung. Bagi nangis kejap dah la.. Lepas tu cepat- cepat pujuk. Bukan tak boleh nangis.. Tapi memang LM jenis tak sampai hati bagi anak menangis lama. Bila tengok orang biar anak mengamuk/ menangis lama sampai berjurai hingus rasa cam.. Err.. Takmo taip la.. Nanti ada yang sentap. Lain orang lain pendapat. Lain cara untuk mendidik anak. 

Nota kaki: nikmatnya peluk anak sambil guling-guling.. Setakat lambat mengemas bagai tu apalah sangat.. Anak tu lebih membahagiakan.
www.tips-fb.com

2 comments:

najihah sahami said...Reply To This Comment

KAK....kita sama..tp orang yang tak paham cara kita cakap kita manjakan sangat anak..sebab tu anak suka nangis..tp mish xkesah pun org nak cakap, kalo boleh mish mmg xsuka bia anak nangis lama2. takut jadi tabiat nanti.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya kalau anak masing kecil memang beri perhatian penuh. Tak masak pun takpa ~_^ Saya pun jenis tak suka biar anak menangis melalak dan merengek. Kecil macam nilah nak manjakan. Bila dah besar sikit dah boleh babat, ajar sikit-sikit.

Even anak yang dah pandai cakap ni pun kalau takda depan saya saya dah gelabah. Inikan pulak anak yang masih belum pandai apa-apa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...