Thursday, June 25, 2015

Bakwan Rangup

Assalamualaikum...


Haaa tu dia bakwan yang LM buat tempoh hari. Baru hari ni berkesempatan untuk berkongsi dengan korang.

Bakwan ni ala- ala jemput-jemput garing versi indonesia. Pertama kali makan bakwan ni masa berkumpul dengan teman2 indonesia semasa merantau di doha dulu. Sedap.. Tapi tak terfikir nak belajar buat.

Tiap minggu akan terjah ke kedai makan indon semata- mata nak beli bakwan. Tapi LM cuma suka bakwan sayur(kobis,togeh,carrot). Tak suka bakwan jagung.. Kedai tu kadang2 buat bakwan jagung, maka hampalah LM nak makan bakwan pada hari tu..

Bila dah balik malaysia teringin sangat nak makan bakwan tapi bila terjah di kedai indon sini tak sedap sebab tak rangup. Bermulalah episod menggodek2 agar terhasil bakwan rangup menepati citarasa tekak.

Bagusnya ... Bila buat bakwan ni anak2 yang tak suka makan sayur pun akan makan juga. Memang sedap!

Resepi:
Kobis dihiris
Carrot
Taugeh
Daun bawang
Udang (potong dadu)
Cili yang dihiris nipis

Terserah apa yang korang suka nak campur dalam ni..

Sebiji telur
Lada sulah
Garam
Dua sudu tepung gandum
6 sudu tepung jagung
Sedikit air jika bahan tidak melekat.

Gaul semuanya hingga melekat.. Jangan letak banyak air, cukup sekadar ia melekat saja. Goreng hingga garing..

Selamat mencuba. Bangun sahur pun LM gigih goreng bakwan semata2 nak makan dengan nasi. Dah itu yang mampu membuka selera, terpaksa lah kan...



www.tips-fb.com

2 comments:

mamawana said...Reply To This Comment

Nak cuba buat ni. sedap pasti nyer kan.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, macam jemput-jemputlah jugalah kiranya ya!

LM, tadi saya baca tajuk aje lepas tu berhenti pergi solat. Tapi on the way nak ke surau tu, teringat-ingat nak buat jemput-jemput bila dok baca tajuk bakwan ni :) Menggamit-gamit rasanya. Baki sardin cili padi kasi terjelir lidah memang ada lagi. Kalau dicicah-cicah ni sedapnya alahai..

Opsss... terover-overlah pulak!

Bab bakwan ni saya rasa tentu saya akan pilih jagunglah *_*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...