Monday, June 8, 2015

Balik Kampung-Majlis Pertunangan.

Assalamualaikum..

Fuhhh lega. Letih sangat- sangat. Hujung minggu yang memenatkan tapi penuh bermakna. Jumaat yang sangat padat. Si kakak sulung tuisyen sampai tengah hari, petang baru kami berkejar balik ke kampung suami pukul lapan lebih baru sampai.Terus berkejar ke rumah kak ipar(along).  Lepas serahkan cheese tart dan coklat untuk hantaran(untuk dua dulang dari pihak perempuan) lega terasa hati sebab tanggung jawab rasa dah langsai. Gerun sangat sebab jika ada kecacatan mesti kalut si anak buah nak memikir barang lain nak letak kat dulang hantaran.

Lepak kat rumah along entah sampai jam berapa sampai siap rendang ayam dorang (hubby tolong jaga rendang) baru balik rumah mak hubby. Dengan syafiq yang demam batu tak henti..muntah menyembur2.. Baby merengek takmo tido situ(kes beralih tilam/tempat). Ummi duk berteleku dalam bilik nanges dalam hati je lah mengharap hari cepat siang. Sobssss

Majlis rumah along bermula pagi, ada cukur jambul akiqah cucu along yang sebaya baby Ariz Syahim. Lepas tu sebelum zuhur tahlil lelaki pula. Sambung majlis bertunang pula pukul tiga lebih(janji pukul dua tapi pihak lelaki lambat sampai). Plan nak jumpa blogger femes mak legenda terbatal begitu saja.. Huhuhu.. Memang tak sempat.

Siap semuanya balik pula tumah mak hubby kemas2 malam tu baru balik segamat. Hantar anak rumah bonda, borak2 kejap pukul 11 lebih terus balik rumah kami.. Dekat2 situ jugak. Sian baby Ariz dah menjerit2 nak minta ditidurkan. Letih agaknya sehariab di rumah kenduri. Sempat lagi sebelum tido putar baju..

Semalaman tak lena tido sebab syafiq muntah-muntah dan merengek sepanjang malam. Pukul 5 pagi mata ni dah segar. Bukan sebab dah cukup rehat tapi sebab sakit berdenyut bahagian yang bernanah akibat bengkak susu aritu. Dah telan ubat pun berdenyut sampai menangis2. Sempat putar baju kat mesin basuh, lepas solat subuh bawa mata ni tido rapi tak juga kurang sakitnya. Encik Z siap tepuk2 kejut dia ingat mengigau.. Rupanya sebab tak tahan sakit. Mintak ais nak bagi kebas bahagian yang berdenyut tu tapi encik Z bagi air panas suruh tuan. Entah bila mata terlelap sedar2 si ayah kejut suruh bangun dah pukul 11 lebih. Hahaha.. Lamanya ummi tido?

Bonda tersayang siap sms kat hp si ayah suruh datang makan dia dah siap masak. Dia nak gi rumah kenduri kawen dulu katanya. Wawaweeee hilang segala sakit bila tengok bonda masakkan gulai ikan baung kegemaran daku. Si adik kedua pun balik, adik ketiga juga balik. Soro lah eh korang.. Mak masak masakan kegemaran aku. Korang nak balik buat kejutan sangat la konon tak bagi tau mak awal2. Tu yang mak tak sediakan stok lauk kegemaran korang.. Hehehe

Berkumpul ramai2 memang seronok. Tapi masa amat suntuk. Berkejar ke bandar beli bantal(untuk homestay kami). Kemas beg bagai jam enam ptg baru singgah rumah bonda semula sebelum balik. Maghrib baru gerak balik lepas bonda kalut2 siapkan makan malam. Tak puas hati jugak dia kalau kami balik tak makan dulu.. Hai la bonda.. Susah2 je.

Syukur.. Segala yang diniat terlaksana juga. Untuk hantaran anak sedara encik Z pun beres. Nak bagi hadiah untuk bonda pun sempat capai sebelum balik. Mujur tak tertinggal kalut2 balik aritu. Percutian pendek tapi amat membahagiakan hati. Budak demam pun senyum lebar dapat jumpa atok nenek dia . Dua minggu dia merengek nak jumpa atok nenek dia. Tengok dia peluk kaki atok dia masa salam bergenang air mata ni. Alahai dik... Rindu sangat ke kat atok tu, baru sebulan tak jumpa dah macam tu gayanya. Lepas ni kena jumpa atok tiga minggu sekali la gamaknya. Hehehe
www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

memang nampak jadual akak padat hihihihi. kenapa tak sambung je cuti kak? ehehehehehe :p

Mummydearie said...Reply To This Comment

Penuh aktiviti LM walaupun menahan sakit bengkak susu ya. Saya yang membaca ni pulak rasa macam terkejar-kejar dari satu aktiviti ke satu aktiviti. Itulah selalu sangat buat orang terkejar-kejar tanpa usul periksa bila baca blog kita *_*

Padat aktiviti kat kampung. Tapi dah namanya balik kampung, padat macamana sekali pun tetap rasa keseronokannyakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...