Friday, June 12, 2015

Bekalan Untuk Percutian

Assalamualaikum..

Uik ke mana hilangnya LM ni ? Lepas duk cerita masak rendang ayam, nasi impit, sambal daging dan karipap frozen hilang terus . Nak bawa ke mana semua makanan tu?

Semua makanan tu sebenarnya LM masak untuk bekalan LM untuk bercuti melayan permintaan anak- anak yang dah gelisah resah dan hampa bilamana mereka hanya bersantai di rumah kecuali time malam( mereka bertiga tuisyen malam) tanpa makan angin ke mana-mana.

Makanya tanpa perancangan rapi bos besar buat keputusan bawa mereka makan angin. Makanya... Bekalan yang dekat setengah bonet tu untuk mengalas perut comel kami sepanjang di sana nanti. Kalau tak cukup boleh masak nasi dan sardin ke apa... Takkan asik nak makan masakan panas yang tak berapa nak banyak pilihan dan gerai pun tak banyak di sini...

Memang biasanya tiap tahun kami berehat di sini, cuma dah dua tahun ni tak ke sini.. Syafiq dan aqilah marsya lah yang paling teruja sebab masa datang sini dulu syafiq kecik lagi dan aqilah ingat- ingat lupa tempat- tempat menarik di sini... 

Nanti LM cerita pasal percutian kami ye.. Baby Ariz tak berapa nak okey..


www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alahai, LM ni! Cerita separuh-separuh. Tension saya ~_^ Takpalah nanti kita datang balik tengok apa ceritanya ya *_*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...