Monday, June 1, 2015

Bila Cuti Sekolah

Salam...

Cuti sekolah...

Lega sebab otak boleh rehat sikit tak perlu fikir menu bekal anak-anak syurga ni. Tapi.. Sejak sabtu sampai habis minggu ni kakak sulung tetap ada tuisyen kat sekolah. Kena ambik kakak time tengah hari panas2 tu amatlah mencabar minda.. Ekeke( i kan puteri lilin,phewww)

Mujur ada abang kakak boleh layan main- main dengan baby Ariz. takda lah baby Ariz boring sangat takda kawan. Baby Ariz dah pandai meniarap dan pusing sikit. Nampak macam dah gerak ke belakang pun ada jugak. Hurm.. Maknanya tak boleh nak tinggal lama atas katil, bahaya tu..

Alhamdulillah hampir berumur tiga bulan seminggu buat baby Ariz lebih bijak dari sebelum- sebelum ni. Susu frozen dah mula tak sedap ditekak dia. Mula mengomel bila ummi suakan susu frozen. Hihihi.. Apa pun, bagi 2oz macam tak cukup meraung macam kena cubit, bagi 3oz payah pula dia nak habis kan..kena up kan sikit2 lah maknanya ni. Walau montel tapi 3oz susu ummi yang lemak berkrim tu pun payah baby Ariz nak habiskan ye..

Harap boleh suntik baby Ariz  hujung minggu ni. Adakah berat baby Ariz dapat mencapai 7 kg untuk 3 bulan ni? Ehehe.. Berdebar2 pula ummi.

Nota kaki: cuti sekolah... Meriah dengan gelak ketawa, gaduh , menangis.. Semua ada. Ummi pun tak kering kuku.. Busy busy busy
www.tips-fb.com

4 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Mujur ada abang dengan kakak..abang boleh tolong tepuk2 time tidur..kakak pulak tolong tukar lampin..hehe..saya kan masa lepas berasalin kat mikhail terus rasa rindu nya nak tidur kat atas katil..siang malam memang tidur bawah ni je..

tapi sekarang sejak sebulan lepas dah tidur la atas katil..memula takut jugak la .takut mikhail tak biasa lepas tu jatuh katil..heheh..tapi alhamdulillah,sampai sekarang belum ada sejarah jatuh katil lagi..

Yaya Azura said...Reply To This Comment

baby ariz kena bg 2.5 oz agaknya..hihi..
ummi tak kering kuku? terlalu kerap masuk dapur ke LM?

Mummydearie said...Reply To This Comment

Cuti sekolah anak-anak semua ada di rumah. Meriahlah sikitkan, LM. Kecoh pun ya juga dan semuanya bersilat kat rumah tu. Anak-anak dara bolehlah tolong LM sikit-sikit walaupun katanya kuku tak kering-kering!

Saya pulak cuti sekolah ni kena memasak sebelah pagi. Nak bagi anak bujang yang besar tu makan. Tak cukup makan nanti di rumah MakNgahnya tentulah Mommy yang kena sound!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hihihihihi dorang mesti syok gila. duduk rumah boleh makan makan dan makan lagi. ummi rajin layan hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...