Tuesday, June 9, 2015

Cheese Tart-Hantaran Pertunangan

Assalamualaikum...

Selasa yang busy.. Erk, busy lagi ke selasa? Biasa orang busy isnin tapi LM ni selasa pun busy.. Hehehe anak cuti sekolah memang busy sangat ditambah pula baby Ariz Syahim yang makin kurang tidur, sibuk nak menyusur ke depan kejap meraung kejap menjerit bila letih.. 

Berbalik semula pada cerita cheese tart yang LM cerita tempoh hari.. Haaa kan ada LM cerita pasal nak siapkan cheese tart untuk dulang hantaran pertunangan cik aten anak sedara encik Z. Alhamdulillah...dapat juga LM siapkan tart keju ni. Terketar-ketar tangan nak buat memandangkan dah lama Takda sebarang produk Dari Dapur LM sejak sarat hamil haritu kan..


Ni lah dia.. Walau tak lawa macam selalu buat tapi tetap si anak buah hargai pemberian maktamnya ni.

Satu dulang lagi tu kami beri coklat je.. Tak perlu la tepek kan.. Kilang yang buat. Hehehe..

Sebenarnya lama dah berhajat nak sponsor cheese tart untuk dulang hantaran sesiapa tapi.. Takda lah pulak sedara mara atau adik beradik yang kawen sejak dua tahun tau buat cheese tart ni. Opsss perniagaan cheese tart dah lama terkubur. Sekarang ni fokus pada baby dan si kakak sulung yang nak exam je .

Hurmm ada rezeki.. Angan- angan nak buatkan cup cake red velvet la nanti untuk majlis kahwin dia. Kalau tuan badan berminat maktam dia on je.. 

Eh eh.. Orang lain yang bertunang maktam dia yang teruja eh? Anak buah encik Z anak buah LM gak.. Maka haruslah teruja jugak.. 


www.tips-fb.com

3 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kira pun dah lamaaaaaaaa tak mengetart. kes malas buat shell dia tu hihihihi

Yaya Azura said...Reply To This Comment

LM..yaya buat tat asyik fail jer..
shell jd lemau..huhu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Untung ada Mak Tam yang rajin ni. Kalau saya ada mak saudara macam ni, belum buka mulut nak offer saya dah minta tolong siap-siap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...