Tuesday, June 2, 2015

Demam Berjemaah Katanya

Assalamualaikum...

Hurm...

Kisah bengkak susu dua minggu lepas belum lagi berakhir. Memang ada nanah di nipple tapi sebab sabtu ahad memang klinik jameaton tu ganti doktor lelaki maka ku tahan kan juga sakit tu. ye.. Bengkak dah surut. Susu yang degil membatu dan keras tu dah mau keluar.. Tapi semalam LM mula demam sampai gigil- gigil seram sejuk dan tangan kanan dah tak boleh angkat. Berdenyut sampai rasa nak menangis seharian.

Paksa diri dan otak agar kuat drive jemput si kakak sulung dari tuisyen sekolah. Ke kedai carik air kotak coklat pula atas permintaan adik syafiq. Badan rasa melayang- layang kepala dah tak boleh nak fokus. Sakit sampai menitis juga air mata ni. Lunch cuma panaskan sambal ayam semalamnya yang masih banyak berbaki, tapi anak- anak lewat juga makan sebab seronok menghabiskan cucur udang yang LM buat pagi tu.

Jangan nak puji sangat kata LM rajin bancuh cucur udang pagi2 buta ye.. Ahad petang tu LM bancuh cucur udang tapi anak2 merengek nak gi seimming terus simpan dalam peti ais saja adunan tu. Mujur mr yis baik.. Dia naik cantik walau duduk dalam
Peti sejuk, elok pun tak masam.Ehehe.

Petang tu hujan ribut gigih la memasak asam pedas ikan merah. Ayah balik maghrib tu meleleh2 air mata bagi tau demam dah tahap tak larat sebab nanah tu berdenyut nyut nyut.. Redha jelah kena bebel.. Ye la, dua kali sabtu menahan sakit tapi takmo gi klinik. Dah tak tahan baru pergi. Bersidai lah kat klinik tu.. Ramai juga orang walau hujan. Seperti yang dijangka memang doktor pecahkan nanah dan picit picit keluarkan nanah. Best oooo.. Rasa nak sepak orang je. Sobss(dengan nipple luka ditambah pula bernanah memang rasa macam kena dera je)

Lepas tu cucuk baby Ariz untuk tiga bulan pula. Tup tup hari ni bukan ummi saja yang demam, baby Ariz pun demam.. Dan.. Adik syafiq jugak. Huwaaaa... Macam mana ummi nak urus dua anak ni demam sedangkan ummi pun demam sampai tangan tak boleh angkat. Sobs sobsss

Doakan anak2 syurga ni cepat sembuh ye.

www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Doa utk umminya juga cepat sembuh... kalau anak-anak demam ummi demam sama alahai serba tak kena. Kat rumah tak ada pokok sireh ke dik. Kena rajin cuci breast dgn air sireh selain utk mengelak luka (budak lelaki kuat nyonyot kan) kalau luka pun cepat sembuh... kesian betullah kakak baca ni.

najihah sahami said...Reply To This Comment

mengahnye kak...mish baca pun sampai terasa ke bahu penat dan peningnya nak handle semua tu...kuatnya akak...semoga cepat sembuh semua.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Siksa oi kalau anak beranak demam. Kalau satu anak demam pun siksa, inikan pulak dua. Dengan kita-kita sekali turut demam gilir-gilir ikut turutan nak merengek sama!

Ingatkan betul-betul best, rupa-rupanya ada makna bertentangan...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

sakitnyaaaaaaaa kena picit2 tu nguuuu T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...