Friday, June 19, 2015

Dua Hari Berpuasa

Assalamualaikum...

Puasa pertama.
Pukul enam petang dah mula nak pitam. Baby ariz syahim menyusu tanpa henti sampai ummi lembik nak berdiri pun tak mampu. Menu semalam cuma roti jala dan kari daging campur kentang, ayah pula buatkan roti john yang nyum nyum nyum.. Air longan dan teh bunga. 

Syukur.. Berjaya tidak menjenguk PARAM dan melabur wang di sana.

Puasa kedua.
Hari ni terlewat bangun. Sedar2 dah lima suku. Memang tak dapat nak minum banyak air sebab dah bangun lewat. Makan nasi bersama telur, air susu dikisar bersama kurma dan badam satu mug. 

Syukur...
Walau baby ariz asik menyusu dan takmo minum susu frozen ummi mampu bertahan hingga ke petang.

Menu hari ni sangat ringkas. Cuma tomyam, nasi putih, terung berlada dan tauhu sumbat isi ayam( style indon) dimakan bersama kicap cili. Air.. Teh bunga lagi.. Semalam macam tak puas pula minum sebab anak2 je yang belasah sampai licin

Sempat buat puding koktail sikit.. Adalah sesuatu anak2 syurga ni nak makan selain nasi.. Alhamdulillah. 

Terdetik di hati, kalau makan banyak pun rasa letih juga. Makan sikit dan menyusukan anak berkali2 masih mampu buat kerja rumah basuh baju berbakul2, masak bagai.. Larat la pula kan? Hurmm itulah berkatnya bersahur. Sikit atau banyak bukan ukuran. Memang tak sangka ummi mampu bertahan sampai petang. 

Nota kaki: time cuti boleh la kot ke PARAM. Reward buat ank2 syurga ni. Harapnya kuih yang dibeli setanding sedap dgn harganya yang 40-50 sen sebijik tu
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Alahai, sian ummi dua hari lembek ni..dugaan ibu menyusu kan.. banyak pahala LM dapat nanti. Menu LM tu anak2 makan je ya? Bagus la gitu.. kalau kat rumah saya tu, ahmad berdua tak makan tu, kenalah masak yang lain utk diorang. Paling tak sayur hijau dan ada kicap.. sup ke baru diorang nk makan.

beli dan puas hati tak kuih tu? Nati update ya.

Apa kata LM amalkan air jus delima..atau telan je gitu? Tak pastila saya LM macam mana.. saya pun jenis mudah pening, penat dan selalu sakit kepala. Sekarang dah tak bergantung dengan ubat lagi sejak saya konsistant amalkan jus delima pekat ni. Kalau puasa ni saya minum air delima ni dulu masa bangun nak masak sahur..minum masa perut kosong.. insyaAllah berkesan utk kes saya.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau kuih dibeli sedap, beritahulah ya :)

Kakak saya baru-baru ni belikan juga adiknya kuih kegemaran. Alahai saiznya, kalau tertelan memang tak perasan tapi dijual dengan harga 40sen sekeping. Nasib baiklah saya tak teruja nak 'membeli-belah' di PARAM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...