Friday, June 26, 2015

Hidung Berdarah

Salam jumaat...

Kisah malam tadi, siap saja cuci baju, gosok pakaian.. Terus mandi2 bersihkan diri dari peluk yang berjurai2 tu. tup tup bila baring sambil menyusukan baby Ariz terasa hidung basah. Ingatkan sebab selsema.. Sekali sapu2 tengok ada darah.

Terus ke bilik air, sah lubang hidung kanan berdarah. Lagi di lap makin menitis. Tiap saat menitis. Sampai tak boleh lepas dari ditekap dengan tisu.

Bila dibawa baring mendongak darah masuk ke tekak pula. Penuh tekak macam ada kahak bila dibuang ternyata darah berketul2.

Cuma hembus hidung, ingatkan dapatlah kurangkan lajunya darah yang menitis tu tapi... Makin takut pula bila sekali hembus hampir penuh sinki dek darah. 

Nak tak nak berkejar juga ke klinik.. Terima kasih ayah sudi bawa ke klinik, terima kasih baby Ariz sanggup bersabar tahan lapar dahaga tunggu ummi sampai okey baru boleh susukan awak. Terima kasih doktor dan pembantu klinik gigih sumbat hidung ummi agar darah berhenti menitis, tekap hidung dengan ais...

Tidur malam berlampu lah kami malam tadi akibat sentiasa nak tukar tisu bila dah basah dek darah. 

Kena ambik darah juga malam tadi doktor takut denggi sebab dah seminggu sakit sendi. Macam biasa.. Lengan memang tak nampak urat..kenalah ambik darah kat situ gak:(

Hari ni...
Sekitar mata, dahi dan hidung sangat sakit. Walai darah dah tak menitis tetap ada darah bila dihembus. Tekak rasa berkahak bila diludah yang keluar tetap darah sama macam semalam. 

Mungkin panas badan... Walau kita rasa kita dah minum banyak tetap tak mencukupi bila kita menyusukan anak kena minum lagi banyak dan banyak!

Nota kaki: pertama kali hidung berdarah banyak macam ni. 
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Alahai.. ngeri tgk darah banyak tu.. sampai gitu sekali bdarahnya ya.. banyakkan berehat ya LM. Moga tak berulang lagi kesnya..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Takutnya saya membacanya! Doktor kata apa LM? Takkanlah sebab badan panas aje? Tak pernah pulak kena demam sampai berdarah-darah hidung, sampai masuk tekak bagai.

Tengok gambar yang ada ni pun dah ngeri rasanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...