Wednesday, June 24, 2015

Iftar 7 Ramadhan

Assalamualaikum...

Tujuh ramadhan berlalu. Terasa baru lagi lalui ramadhan rupanya dah seminggu kita berpuasa.

LM demam. Badan masih cuba menyesuaikan diri dengan ibadah puasa,menyusukan baby Ariz dan dalam masa yang sama penghidap gastrik juga. 

Lembik longlai badan tu perkara biasa. Pagi-pagi lagi dah rasa terketar- ketar lapar memandangkan baby menyusu tiap jam di siang hari.

Hari ni ayah pun tak sihat, sedang elok la bila ummi pun tak sihat ayah work from home saja hari ni. Dapat bantu ummi tengok2 kan baby Ariz. syukur... Sebab unmi ni kejap2 carik bantal, kejap2 tergolek, kejap2 berpinar mata.. Ekeke.

Menu iftar hari ni LM simple2 je memandangkan keadaan diri yang tak mampu berdiri lama ditambah pula ayah beli stok lauk ayam sekor, peha dan kepak ayam, udang besar dan udang kecil yang perlu dibersihkan secepat mungkin sambil- sambil menyediakan juadah berbuka. 

Mula pun lambat, dah pukul lima lebih baru nak mula.. Maka cuma sempat menyediakan
- nasi ayam(ayam,sos,daun salad,sup,timun jepun)
-cucur udang dan kuahnya
-ais lemon tea

Syukur.. Dengan bantuan ayah dan kakak dapat juga menyediakan juadah berbuka... Tak perlulah beli juadah di bazar ramadhan hanya kerana ummi demam tak larat nak masak.

Korang berbuka apa? Menu kami simple2 je janji sedap ditekak kami dan tak membazir sudah la..

Nota kaki: mula sakit tekak😔

www.tips-fb.com

2 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Banyak juga yang LM masak tu.

Semoga kesihatan akan segera pulih sepenuhnya. Aamiinnn

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dalam pada tak sihat, menu nasi ayam jadi hidangan! Saya sekeluarga pun menu berbuka puasa simple-simple aje. Takda yang susah mana. Lagi pun bila makan sekali ketika berbuka, banyak mana yang boleh masuk perut. Kalau teringin bolehlah makan lagi masa sahur tapi biasanya saki-baki lauk berbuka memang takda siapa yang nak makan pagi-pagi macam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...