Saturday, June 20, 2015

Lasak

Assalamualaikum

Alhamdulillah baby Ariz dah masuk 3 bulan 3 minggu. Membesar dengan sihat dan cukup mudah tak banyak kerenah. 

Dah mula melasak, walau diam tak menangis jika dibiar di atas katil tetap memerlukan pantauan dari orang yang lebih dewasa sebab... Dia dah mula mengundur, mengensot/bertarik, bergolek- golek.. Bila letak atas katil kejap saja dia dah sampai ke hujung dan dah mengintai2 nak terjun katil. Sobsss kejap je! Terkejut ummi.

Setakat campak kain dalam mesin basuh dan putar lama mana lah kan? Huhu.. Terkejut sangat. Rasa berdebar-debar dada ni.

Rasanya lepas ni kalau nak tinggal dia kena letak dalam katil dia supaya tak terjatuh. Letak bawah time abang syafiq ada bimbang terpijak pulak. Ye la.. Abang sorang tu macam terlebih vitamin, mana boleh duk diam . 

Sabtu...
Mulalah rasa nak bermalas- malasan. Rasa nak peluk baby Ariz sampai petang boleh tak?

www.tips-fb.com

2 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Kalau takde hal lain yang perlu diuruskan, tentu sahaja boleh peluk baby tu sampai ke petang... :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Baby bambam macam tu memang sedap menggomol. Rasa tak nak lepas tapi apakan daya, kalau kerja menggomol aje memang banyaklah kerja yang tak siap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...