Friday, June 19, 2015

Mana Bibik?

Assalamualaikum...

Alamak.. Ampun sangat- sangat, bercuti- cutian melayan anak-anak aritu terus lupa nak cerita kat korang bila bibik nak balik.

Kan haritu dia balik 16hb.. Katanya nak cuti dua minggu sebab anak nak kawen. Janjinya 28 hb dia balik semula ke sini, flight dari sana jam 1.15 tengah hari..Tak bagi balik pun tetap nak balik juga sebab anak nak kawen.. Katanya...

Maka.. Kami antar dia kat agen, dan cakap depan dia dan agen sekali jika dia tak balik kami anggap mereka tipu kami. Duit yang kami dah bayar tu memang kami tak halalkan . Maka, akan bertemulah kita di padang masyar nanti. Opsss bukan ayat kami tapi ayat LM. Memang LM yang cakap camtu aritu..

Lepas hantar dia sabtu tu terasa lapang pula dada ni. Rasa lega.. Tak perlu menahan marah dalam hati. Mulut LM ni laju kalau marah anak2. Memang garang pun. Tapi takkan dengan orang pun kita nak bebel macam marah anak.. Ye tak? Last-last aku yang sawan kena giler babi menahan marah sampai gigil2.. Lama2 nangis kat bilik sensorang sebab marah sangat.

Perangai degil, buat kesalahan berulang2.. Menjawab.. Kuat sangat menjawab. Tak amanah bila buat kerja, pernah sekali je minta tlg gaul bihun yg dah siap tumis terus jumpa berpuluh2 helai rambut( kau mandrem aku ke apa?). Belum cerita abis jahanam baju bos besar dia clorox baju putih lambang shell dari warna kuning oren berubah jd pink dia boleh lagi tak ngaku dia clorox. Katanya sebab lampu malam tu yang nampak gitu. Kes baju tu memang LM naik angin. "Ya Allah kak.. Akak ingataaya ni bodoh sangat ke kak? No warna oren asalnya, sekarang jadi pink, bla bla bla.." Bebel giler masa tu. memang naik angin sangat tau..

Banyak lagi perangai dia yang LM tak mampu nak hadam. Memang makan hati sebab sangat degil. Time nak ambik anak time tu dia mandi. Baby tinggal
Sensorang sampai kita balik dia tak sudah mandi sedangkan masa kita ketuk pintu bilik air dia kata dah nak siap. Time tengah hari dia sibuk nk warnakan rambut. Sibuk anak nak mandi kencing tukar baju bagai time tu dia warnakan rambut. Bila tegur katanya sebab nak cuci petang kena tunggu lama. Banyak la alasan dia. Dia menepek rambut tak cukup sejam! Grrrr

Makanya..
Bila sabtu malam ahad tu LM pun bincang dengan anak- anak. Hati sendiri dah nekad takmo dah dia balik. Memang bak kata MD tak semenggah!

Anak- anak pun trauma... Mereka pun takmo bibik ada lagi kat rumah. Bibik ni tak boleh anak tegur sikit terus main sorok barang sekolah anak-anak. Remote gate anak2 la, soalan didik dari surat khabar untuk kakak pun habis dibuangnya. Belum kita kes sorok kain sekolah kakak sampai terpaksa budak tu pakai kain sentang.. Semua kerja gila kat rumah ni dia lah dalangnya.

Makanya tunggu mulut bos besar je.. Tak   Berani lah cakap takmo bibik kan.. Dah beriban habis tup tup cakap takmo? Ada yang kena sembur nanti.

Bila bos besar dah terbukak mata nampak yang bila bibik ada bil air dari rm30 -40 jadik rm60 lebih dan mendadak naik sampai rm100 lebih.. Bil api dari rm300 lebih terus jadi rm500 lebih.. Haaa baru dia perasan . Belum kira pakaian banyak rosak sebab dia gemar campur basuh baju putih yg dia dah letak clorox lepas tu dia campak pula baju yang tak bercuci( biasanya pakaian terakhir yang tak berbasuh lepas mandi). Bila campur clorox.. Semuanya pudar. Macam pakai baju buruk!

Nak cerita ngok nya perangai dia berjela tak habis cerita sampai tiga purnama la kot. Makanya lepas bos besar kata tak yah la lagi pakai dia, terus plab nak msj dia bagi tau takmo dia.. 

Isnin minggu yang dia sepatutnya balik tu dia call. "Ibu.. Bapak ada? Bla bla bla.. "Ntah apa dia cakap LM tak tau.. Tak pagam sangat, laju giler. Bapaknya pulak ngak mau cakap bila disuakan hp. Haishh

Yang LM dengar dia sebut tak cukup
Wang, masukkan sejuta dalam akaun dia nanti potong gaji dia takpelah..

Ciss memang la kena potong gaji. Ngek betul!!

LM kata nanti bagi tau bapak. Tu je ..

Rabu tu LM sms dia cakap kami dah sepakat takmo pakai pembantu lagi terus je ke rumah agen, minta cari majikan baru. Terima kasih kerja dgn kami dan bila nak ambik pakaian dia tu call saja boleh ambik bila2. 

Dia tak reply pun.. Petang tu dia call. Macam takda apa2 dia tanya dah masukkan sejuta tu? Terus LM ulang ayat dlm sms tu. dia pun mcm ternganga je. Terkejut kot.. 

"Tak mau pakai siti lagi la ya?" Tu je sempat dia cakap. Terus lelaju bagi salam dan letak.

Selesai la cerita... Dan bonda pesan nanti dia ambik beg jgn bagi masuk. Hulur je kat gate. Orang kuat mandrem ni ntah apa dia plan lagi kita tak tau kata bonda.

Haha baju dia yang ada sikit tu rasanya dia tak ambik kot.. Tak tau la..

Duit boleh cari.. InsyaAllah kami lebih bahagia sekeluarga tanpa orang luar dalam keluarga kami. Nak cari pembantu yang balik hari pun dah macam trauma dah ni. Bos besar je sibuk nak panggil si itu si ini.. I trauma bab2 orang gaji kuat mandrem2, kuat menjawab sampai kuatnya mandrem kita nak marah pun mulut terkunci. Haishh..

Tu lah kisahnya.. Dan sudah lebih sebulan la kami bahagia tanpa maid. Alhamdulillah.. Bil air pun kembali normal rm40 lebih.. Bil api pun jadi rm300 lebih kembali. Alhamdulillah..




www.tips-fb.com

5 comments:

Acik Erna said...Reply To This Comment

Ada juga macam tu ye L M..anak sedara acik dulu 3 kali jugak cuba ambik..tiga2 tak semenggah..semua hantar semula ke ejen.
Tapi bila dpt yg baik sampai puluh tahun anak 2 dah besar pun bibik masih setia tak mau blk kg dia

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

ni bukan bodoh tapi kurang ajar kak... Yup biarlah rugi duit dari kita makan hati hari2. Lama2 blh jadi giler. dah kaki mandrem bahaya simpan lama lama.. ALhamdulillah dia keluar senang nak minta dia jgn datang balik. Kalau dalam rumah nak suruh keluar rasa serba salah jugak. Yelah.. kita ni jenis ada perikemanusiaan.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Moga lepas ni makin tenang la.. dah banyak tenang nampaknya. Saya perasa entry LM skrg dah tak emo macam tu, bagusla..emosi tenamg menulis pu ayat2 yang gembira belaka..

ctpayong said...Reply To This Comment

dalam pada dia buat2 bodoh tu sebenarnya dia bodoh2kan kita. ingatnya kita ni bodoh macam dia. ajen pun mainkan peranan licik dlm hal ni. hai lah mmg tak habis sakitnya tu di sini kalu cakap pasal kerenah tak semenggah maid ni. kalu majikan cina...pandai pulak taat setia tak berbelah bagi....

dugaan isteri berkerjaya lah kan...sabar ye!!!

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, ini kisahnya! Padanlah takda cerita LM mengeluh tentang orang gaji lagi. Bagus juga dia tak balik. Dan lagi bagus, dia dah keluar dari rumah kita masa kita tak memerlukan dia lagi. Takdalah berlaku drama sinetron 100 episod kat rumah kita.

Dah beritahu taknak, masih lagi berani nak minta masukkan duit? Ini memang jenis tak tahu malu. Bila baca nikan LM, saya rasa bukan LM seorang aje yang ada masalah dengan pembantu Indon yang pura-pura tak faham bahasa ni, ramai jugalah kawan-kawan saya yang nasib serupa macam ni.

Tenang hati sekarangkan takda orang luar di rumah. Penat macamana pun jauh di lubuk hati tenang sangat rasanya, ya tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...