Thursday, June 25, 2015

Mendung Di Bulan Puasa

Assalamualaikum...

Lain sungguh ramadhan kali ini. Biasanya bila ramadhan memang akan panas dan jarang sangat hujan. Tapi ramdhan kali ni kerap pula hujan di kawasan kami. Malah... Sejak semalam mendung dan hujan lebat dari pagi. Pagi ni sampai jam 11 mendung. Dah petang macam ni baru panas. Harapnya keringlah kain dijemuran, mana yang dah kering tadi dah siap lipat pun..

Sejak ada baby ariz dan dah takda bibik ni kena pandai- pandai bahagi masa buat kerja. Dulu masa mula- mula bibik takda kacau bilau juga. Ye lah dengan baby yang nak menyusu tiap jam.. Nak ambik syafiq sekolah, nak berebut hantar kakak ke sekolah agama pula.. Bila nak angkat kain, nak melipat bagai.. Gosok baju sekolah.. 

Dalam tak diam, baju sekolah mereka berempat tu tujuh pasang kena gosok sehari,baju kerja ayah sepasang dan baju  melayu ayah ke masjid sehelai. Maknanya 8 pasanf baju + sehelai baju melayu setiap hari.. 

Berbalik kisah mendung.. Bagus bila hujan turun, selain hujan tu pembawa rezeki, bawa berkat boleh la kurangkan suhu panas bulan puasa ni. Cumanya bila hujan pakaian lambat kering, rimas jadinya ...

Bila cuaca tak berapa elok tekak perit minta diubati. Nampaknya petang atau malam ni kena minta tolong ayah belikan ummi ubat sakit tekak agar tak melarat. Nanti kalau batuk lagi payah, dah la ada baby..

Menjawab soalan MD, baby ariz dah mula mengensot/bertarik.. Dah suka guling2.. Tu yang tak cukup satu toto dia bergolek tu. tempat yang tak dialas juga yang dia nak pergi. Bukan apa.. Dia lan ada eczema, risau pula dia main di karpet takut melarat penyakitnya.

Nota kaki: masih buntu tak tau nak masak menu apa. Korang masak apa petang ni?



www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Saya masak bubur kacang..dah lama nya teringin nak makan bubur kacang dengan pulut tanak.sebelum ni diet..tak boleh makan..ni puasa boleh la makan sikit..heheh...

Bibik tak balik lagi ke..kata 2 minggu je cuti..

Lama tak singgah sini..tenet teruk sanagt kat sini sejak awal ramadhan..

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Sedapnya bubur kacang. Sy suka mkn sehari lps tu mkn sejuk2.

Hehe sy dh berhentikan dia.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kami pulak sentiasa aje panas memanjang. Sampai kering tekak walaupun kurang bercakap! Sejak hujung minggu lepas baru saya terasa cuaca memang panas. Kebetulan pulak air takda dari Sabtu hingga pagi Selasa. Makanya semalam memang berhempas pulas basuh baju. Cepat pulak keringnya kata mak mertua saya.

Bab baju tak kering kerana cuaca ni pun saya tak berapalah suka. Kalau ikutkan hati nak basuh, jemur, lipat dan gosok semua sekali harung dalam masa sehari. Bila dah berkumpul memang banyaklah kerja jadinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...