Thursday, June 25, 2015

Menu Berbuka 8 Ramadhan

Assalamualaikum...

Eh dah lapan hari kita berpuasa ye? Silap kira la pulak, perasannya macam tujuh hari. Terlalu pantas masa berputar.. Huhu.

Alhamdulillah... Hari ni menu orang demam haruslah takda juadah yang perlu digoreng2 sangat sebab tak larat nak berdiri lama tepi kuali.. Hehehe

Menu berbuka kami hari ni :
- asam pedas ikan pari
-tauhu sumbat 
-taugeh ala chicken rice shop
-bakwan udang.
-air ice lemon tea lagi..

Ayah belikan satay ayam,daging dan kambeng(yeayyy ada kambeng). Dan juga durian(yeayy jugak sebab tu milk booster ummi, melimpah ruah susu walau puasa bila makan durian)

Disebabkan takda mood nak masak akibat demam, rasa tak kuat, rasa tak syok sebab kain lambat kering sebab mendung hujan sejak pagi pukul 12 baru matahari memancar2.. Makanya terpaksa LM list down kan semua menu yang nak dimasak atas kertas dan tampal di peri ais. Haha.. Sampai camtu sekali.

Bila dah ada target baru boleh buat kerja laju sikit kan? 4.30 masuk dapur goreng tauhu dan hiris timun, daun salad dan  bersihkan togeh. Sumbat separuh dulu dan stop pukul lima pergi ambik akak2 tu balik sekolah agama.

Balik tu terus masak asam pedas dan goreng bakwan udang. Hari ni bahan untuk bakwan adalah udang kecil, taugeh,kucai dan bawang besar, ditambah telur sebiji, dua sudu repung gandum dan 7-8 sudu tepung jagung. Garam dan lada sulah sebagai perisa.

Sedap.. Rangup dan mengenyangkan. Tapi mungkin juga jadi 'ubat' buat LM yang sakit tekak ni. Kalau nasib tak baik terus jadik batuk pula esok. Sobssss

Agaknya ayah ingat ummi tak masak sebab demam kot.. Dia balik terus ke belakang ketuk2 tingkap dapur tanya masak apa arini. Nak gi beli la agaknya tu.

LM ni kureng sket lauk nasi beli kat bazar ni. Tak berapa nak terima dek tekak. Kalau masak sendiri tu kita boleh pedaskan atau pekatkan santannya ikut selera kita.. Lain la kalau satay ke, kuih yang pelik2 ke.. Atau nasik kerabu ke. Eh  dah dua hari ni ngidam nk nasik kerabu dgn solok lada . Sedapnyaaaaaaaaaaaa. 

Apa menu korang arini? Share lah, nanti boleh jugak LM cedok idea buat menu untuk esok atau lusa.

Nota kaki: doakan Kita cepat sembuh eh. Sakit sungguh tekak ni, demam pulak lebih kepada bisa tulang.

www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Eh2!sebut nasik kerabu pulak terus teringin makan nasik kerabu..tengok la hujung2 minggu nanti baru boleh cari nasik kerabu.Nak masak rasa rugi sebab saya sorang je makan nasik kerabu.jadi baik beli je sebungkus.

Puteri Beribiru said...Reply To This Comment

sis LM..!!
lamanya tak berkunjung ke blog akak..

ermm menu berbuka yang mungkin bagi idea kat akak :
- bubur ikan
- bihun tomyam
- roti jala dengan kuah durian/kari
- masak lemak ikan masin dengan nanas
- asam pedas
- kari

eh banyak lagi dalam otak ni,,,kang duk senarai abeh terliur sendiri

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sampai dah lupalah LM apa menu kami untuk 8 Ramadhan yang lalu. Selalunya memang masaklah. Keluar berbuka pun baru 3 kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...