Tuesday, June 23, 2015

Menu Bersahur

Assalamualaikum..

Bersahur, walau tekak ni sejak kecil memang tak lalu nak jamah nasi tetap juga paksa telan nasi lepas dapat penyakit gastrik teruk sejak zaman belajar dulu.

Tapi...
Anak- anak syurga ni ikut ayah dorang kot, nampak berselera je makan sahur walau baru celik mata pagi- pagi buta. Ummi dia ni kalau bukan nasi tetap juga terkebil- kebil mata macam ostrich. Sampai terpaksa sediakan segelas air kosong nak tolak nasik tu masuk kerongkong. Dua tiga suap nasi berulam seteguk air, erkk camne tu? Boroi la perut kau LM!

Petang semalam LM buat sambal udang dan tempe goreng campur kacang panjang untuk menu berbuka, selain tu adalah juga buat bubur merah bubur putih. Ayah beli ayam panggang madu(kepak saja), dan ayam percik. Bila dia tengok lauk dah tinggal sikit dia kata masak nasi goreng la kot sahur nanti sebab lauk tak cukup ni. LM iyakan aja. 

Tapi.. Bila bangun 4.20am tadi duk fikir-fikir sayang pula lauk yang ada tu. siapa yang nak makan ayam percik dua ketul dan sambal udang dan sikit tempe tu nanti? Takkan syafiq kot? Dari membazir baik makan tu saja untuk bersahur. 

LM tambah tiga biji telur mata, untuk alam, ayah dan adik ad, yang lain takmo telur.. Makan je lah lauk yang ada tu, ops ditambah dengan sambal bilis kering(stok lauk kecemasan) dan telur asin . Alhamdulillah cukup pun lauk yang ada tu  kami buat bersahur, malah berlebih 4-5 ekor udang tu .

Syukur.. Tak la membazir sampai terbuang lauk yang ada tu. LM ni akan puas hati bila anak- anak bersahur makan nasi. Kalau tak makan nasi tu risau tak cukup tenaga nak jalani rutin harian sekolah dari pagi sampai lewat petang. Ditambah pula air nestum sorang segelas rasanya cukup mampat kot perut mereka... Ehehe..

Cumanya...
Walau ummi makan nasi bagai baby Ariz tetap mengamuk bila disua susu. Mungkinkah susu ummi tak sedap sebab ummi berpuasa? Menangis2 , hisap satu dua sedut terus berpaling. Hurmm kelmarin pun camtu jugak. Susu memang banyak tapi dia takmo hisap la pulak. Risau berat dia tak naik je nanti timbang 4 bulan. Ye la dia kan tak makan apa lagi pun cuma harap susu ummi je.

Nota kaki: kalian bersahur masak apa ye? Ada tak yang jenis sahur megi pun takpe..

www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kami sayur tak makan pun, LM. Lauk berbuka memang tak tersentuh lagi. Lepas aje berbuka kalau ada baki lauk, masuk fridge, recycle makan kali kedua untuk berbuka esok. Biasanya kami suami isteri aje yang makan gaya gitu. Anak-anak memang tak nak lauk semalam, lauk kena reheat ni.

Sahur saya dapat telan kurma aje 2,3 biji. Kelmarin cubalah makan nasi sebab sayang tengok ikan masin masak lemak tu banyak lagi. Pagi-pagi dah terasa lapar balik. Pelik sungguh. Kalau tak makan nasi masa sahur, takdalah pulak lapar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...