Monday, June 8, 2015

Minggu Ke Dua Cuti Sekolah

Assalamualaikum...

Isnin menjelma. Bermakna dah masuk minggu kedua cuti sekolah. Lega minggu ni si kakak sulung takda tuisyen di sekolah. Tuisyen di rumah cikgu bm pun takda, cuma tuisyen di pusan tuisyen saja berjalan seperti biasa buat mereka tiga beradik. Si budak nombor empat tu pun selalu merengek nak tuisyen jugak(haha lawak la dik, umur pun belum empat tahun dah berangan nak pergi pusat tuisyen)

Cuti sekolah dah nak tamat belum bawa anak2 syurga ni makan angin lagi. Baby Ariz pun dah tunjukkan perangai, memang baik sangat bila dibawa berjalan. Takda masalah kot selagi tempat tu sejuk atau ada aircond biasanya baby dan syafiq memang takda masalah. Kalau panas.. Memang hempas2 kaki la macam cacing putus ekor. Mengelupur kepanasan termasuk ummi dia. Ekeke

Adoiaiii memang panas kot dunia sekarang ni. Sian juga tengok dua orang budak paling kecik ni merengek kepanasan bila nak tido. Baby Ariz kan ada exzema... Memang dialah paling terkesan bila panas terutama nak tido. Syafiq pun ada exzema tapi dah kurang bila makin besar.

Anak- anak ni bila cuti sekolah memang la nafsu makan membuak- buak. Makanya... Ummi perlu masak dalam kuantiti yang banyak jika malas nak ulang alik ke dapur banyak kali. Anak ramai wehhh.. Mana nak  sama dengan orang anak satu atau dua. Saiz badan anak kita pun tak sama macam saiz badan anak orang lain. Sekali masak mihun sebungkus tu takda hal punya dorang nak bagi licin. Masak pagi lunch nanti licin la ..

Err... Terasa nak soping kasut la. awat la kasut ummi cepat koyak ni? Kena beli crocs semula la kot.  Lama sikit tahannya. Bila kasut koyak sket bahagian depan, anak2 mula bising nape ummi pakai lagi kasut tu. Nak dibuang sayang, nak dipakai macam mengutuk diri sendiri dah gamaknya..


www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Samalah kita. Mcm2 hal masa cuti kali ni jadi tak bawa anak bercuti selain balik kg atau jumpa saudara mara.. takpelah masa terisi juga dengan aktiviti yang lain.. haha.. syafiq nk g tusyen? Nazif pula kalau papa hantar naim ke kelas mengaji dia jenguk2 kat luar nak tengok abg mengaji.. sian ada kelakar pun ada. Nak hantar dia sekali blm cukup 3 tahun dan pelat.. takut ustazah tak nak layan pulak..

Kalau ramai2 tu apa saja masak pasti habis tu..lagi2 umi dia pandai masak.. licin la jadinya

sue sue said...Reply To This Comment

kalau cuti2 ni mmg best duduk rumah je kan...tapi kesian pulak anak2 tak ada aktiviti...

Dah nak puasa ni...cuaca pon boleh tahan panas


Singgah Blogwalking....:)

nak mudahkan kerja rumah?Jom baca ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/basic-h-membantu-memudahkan-kerja-ibu.html?showComment=1433744253588#c6972630485172196856

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Betul tu Lm.rin kalau msk mmg xblh sikit2 kot.xckup.sebungkus mee mmg xlepas..hahahaa

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ohhh dorang ada eczema ke? memang kesian klu budak eczema ni berpanas. kita yang tengok pun rasa nak menangis dah haaaa

Mummydearie said...Reply To This Comment

Anak-anak saya dah terbiasa cuti sekolah tak ke mana-mana kerana kami kalau nak berjalan selalunya memang pilih masa waktu persekolahan *_* Dah makbapak katanya low profile, down to earth gitu... kalau orang ramai sangat, kita yang sesak nafas. Bapaknya lagi teruk!

Oh, kalau tengok anak-anak LM ni takdalah besar mana tapi budak-budak memanglah nafsu makan tengah elok, beri je makan. Anak-anak saya pulak nampak aje bambam masing-masing tapi si Adik tu memanjang aje kenyang!

Kami anak-beranak pun tak tahan panas LM tapi saya ni kalau sejuk sikit pun tak tahan juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...