Saturday, June 20, 2015

Mood

Salam...

Mood manusia ni berubah- rubah. Hurmm layu dan lemau macam keropok masuk angin je dah gayanya LM ni. Sedap bergolek layan baby Ariz sampai sekarang ni masih takda mood nak masak. Bukan setakat takda mood tapi takda idea nak masak apa pun untuk berbuka nanti.

Beli?
Erk.. Masih belum tergerak hati nak menjenguk dan melabur ke pasar ramadhan. Takut terbeli kuih yang tak sedap dan basi. Baru- baru pindah sini tiga tahun lepas beberapa kali juga terkena beli kuih basi pada orang yang sama. Cucur badak basi.. Selang berapa hari beli basi lagi, haishh dasar jual kuih semalam yang tak habis la ni

Bila anak ramai dan suka makan memang lebih berbaloi buat sendiri je kuih nak2 kuih yang mudah dan reti buat sendiri. Kuih tak tau buat tu terpaksa lah beli.. Ye tak?

Takat kuih besar dua butir jari ni yang di jual 40 sen-50 sen amatlah tak berbaloi nak beli. Kalau soranf ngap 3-4 biji berapa ketul kami harus beli untuk sejenis kuih.. Tu belum kira seketul ayam rm3-4 maka kami perlu beli 5-6 ketul, sayur sesenduk dua bukan dapat harga dua tiga ringgit . Haish haishh malas nak fikir pasal harga. Baik duduk kedai terus order makan sampai sengkak perut harga silap2 lebih murah!

Memang paling marah beli makanan basi. Bila mood nak masak entah hilang ke mana rasa aduhaiii.. Sobss

Ada daging dah siap rebus, kailan, kobis, ikan kembung.. Haaa ada pun lauk tapi nape malas LM?? Grrr.. 

Takda idea nak masak apa . Kalau dah dapat idea laju je masak kot. Mata ngantuk !


www.tips-fb.com

2 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

Lama dah bali kpg ni, lama dh x masak sendiri.. hehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya memang tak faham kenapa orang sanggup menjual baki makanan di bulan puasa ni. Ikhlaslah sikitkan. Kalau harga murah dan rasa sedap, saya rasa tentu ramai pelanggan akan singgah hari-hari. Kalau saya dah terkena sekali, memang saya tak akan pergi lagilah, LM.

Saya pun pening juga sebenarnya tak tahu apa nak masak. Tapi yang penting hari-hari kena ada ayam. Kalau tidak si bujang sulung tu tak lalu makan pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...