Monday, June 15, 2015

Naik Dari Cuti

Assalamualaikum

Aha... Dah tamat pun cuti sekolah yang panjang tu. Bila naik cuti terasa berdebar hati ni. Sejak malam tadi takut sangat tak sedar. Ye lah dah lama tak bangun awal siapkan bekalan anak- anak..ops baru seminggu kot.. Kan si kakak sulung tuisyen kat sekolah bawa bekal tiap hari. Hehe

Sebelum tidur dah plan nak buat nasi goreng untuk bekalan mereka, tup tup bila sedar pagi tadi terkebil- kebil mata tengok jam dah pukul 5.40 pagi terus melompat turun katil dan capai roti terus buat french toast.

Lepas kejut anak- anak boleh pula rendam mihun konon nak buat sarapan untuk ayah pula nanti. Erkkk apa kisah dengan nasi yang dah ada tu?

Adoiaiii.. Ni kes pelupa ke atau panik ni? Sah- sah panik punya hal la ni, dah lambat terus lupa apa menu nak masak. Lain kali kena tampal kat peti sejuk la apa menu nak buat agar tak jadi kes macam ni.

Moga perjalanan kita hari ini dan seterusnya berjalan lancar...amin

www.tips-fb.com

4 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

kann.. dah lama cuti ni mmg terbabas la.. hahaha

Mummydearie said...Reply To This Comment

Samalah kita. Saya pun semalam pukul 1 pagi baru masuk tidur. Beria-ia menyediakan peralatan sekolah anak dan sebagainya. Terlanjur dah tak boleh tidur, semua pakaian pun saya gosok habis!

Pagi tadi buat bekal macam biasa untuk Abang. Walaupun dua minggu aje cuti, terasa kekok pulak nak memulakan rutin macam selalu ~_^

sue sue said...Reply To This Comment

happy monday dear!
kita pagi tadi pon kelewatan gak..gara2 pegi beli brg dapo kat pasar..balik pon dah lewat..tdo pon lewat..ni kat opis mata beratt...ngantuk sungguh!

Kira Sakura said...Reply To This Comment

lepas melompat bangun tu kepala pun sakit sebab terkejut bangun mengejut. ihihihih.kira la tu :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...