Thursday, June 25, 2015

Pandai Bawa Diri

Assalamualaikum...

Sejak beberapa hari ni LM memang tak sihat. Ditambah pula sakit tekak, memang nak cakap pun malas. Nak kata kurang minum air tak juga sebab memang LM sentiasa minum air dari malam sampai la saat nak tido, sampai habis waktu baru stop minum air.. Tapi dah nak sakit tekak, nak buat camne kan...

Bila tak sihat, memang kuat tido. Lepas subuh memang dah tergolek tak sedarkan diri. Si budak manja sorang tu pandai la pula bawa diri. Terkedek- kedek masuk bilik ummi dan relakan saja ayah mandi dan urus dia. Tak pula dia mengamuk nak ummi mandikan macam biasa.

Ummi dia mana?
Ummi dia tak sedarkan diri. Entah bila anak ke tadika pun dia tak sedar. Dalam mamai- mamai ingat gak dia ada salam sementara dia tunggu ayahnya bersiap tapi lepas tu ummi terlelap terus. Sedar- sedar ayah dah nak gi opis pula.

Hari ni sedar la juga ayah gi opis , kelmarin sedar2 je tengok rumah dah kosong, entah pukul berapa ayah gi opis pun tak tau.. Tak pernah pula tak sihat sampai macam ni. Agaknya sebab perut kenyang lepas sahur tu yang tido sedap sangat tu kot. Tapi nak buat macam mana.. Tu je masa yang ada untuk berehat, kalau baby dah bangun sah la tak sempat apa. Kejap2 betis dia tersangkut celah almari tv, kejap lengan dia terselit kat sofa.. Toto yang terbentang luas dia takmo guling kat situ tapi lebih berminat nak tergolek atas karpet dan ruang yang sempit. Sobsss



www.tips-fb.com

3 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Penat sangat agaknya tu, LM itu yang sampai rasa tak sihat dan tak sedar pun apa berlaku di sekeliling. Baby dah pandai 'merayau' ke? Atau tidurnya memang lasak?

Kakzakie said...Reply To This Comment

Tapi dulu MIL kakak selalu nasihat kalau nak rehat memang masa baby kita tidur sebab bila baby dah jaga kita tak boleh rehat..

anyss said...Reply To This Comment

assalamualaikum,
kesiannya ummi.
selamat berehat ya
moga cepat sembuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...