Tuesday, June 16, 2015

Permintaan Anak-Sempat Ke?

Assalamualaikum..

Permintaan anak...
Hati seorang ibu, walau terasa rumit, sedikit payah.. Tetap kita nak tunaikan juga. Ye tak?

Si abang minta ayam panggang ala pakcik kenny ...ummi pun mintalah di ayah belikan ayam. Tapi bila projek membeli segala kelengkapan tu di malam hari, haruslah dah lewat malam baru semuanya lengkap dan ummi dah naik ke bulan dah masa ayah balik dari pasar borong.. Ekeke

Pagi ni baru terkial- kial nak perap ayam, baru nak sediakan kentang untuk baked potato.. Baru nak selongkar mana carrot ayah beli semalam nak buat coslow(eh betul ke eja dalam bm nya camni?ehehe).

Masalahnya... Ayam kena bakar 11/2 jam -2 jam.. Anak nak naik bas pukul 12.. Sempat ke? Sobsss

Ummi dah berdebar ni. Kalau boleh digoncang oven tu bak bagi laju proses membakar nya ummi dah buat dah. Ekeke.. Kartun gak ummi dia ni kan? 

Belum perang lagi warna ayam tu.. Ummi dah berdebar ni duk tepi oven sambil doa tak putus-putus agar permintaan anak terlaksana jua..


www.tips-fb.com

3 comments:

Acik Erna said...Reply To This Comment

Harap sempat la LM sian anak2 kan

Kira Sakura said...Reply To This Comment

berat permintaan tu hihihihi

tapi ummi mesti boleh punya lah :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalut ya, LM. Kalau sayalah, oh tersiksa jiwa raga time kita tengah sibuk dan anak-anak buat permintaan. Tak ditunaikan tak sampai hati lebih-lebih lagi soal makankan. Terkilan kalau tak dapat tunaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...